diamond dove ini suka bertelur. Makan pun sedikit. Seronok memeliharanya!
Blog ini dibuat untuk berkongsi pengalaman berkenaan burung budgie, lovebird, diamond dove, cockateil,walet dll.
Selasa, 15 Disember 2009
Rabu, 4 November 2009
Hukum pelihara burung dalam sangkar.
Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah wahaiMuhammad! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakannya (al-A'raf: 32).
Firman-Nya lagi yang bermaksud: Kuda, baghal dan keledai dijadikan untuk kamu menungganginya dan sebagai perhiasaan (al-Nahl: ayat 8).
Ayat ini memberi maklum bahawa Allah s.w.t. menjadikan haiwan,tumbuh-tumbuhan sebagai perhiasaan yang harus dinikmati manusia, maka berhias dengan barang-barang ini semua adalah harus dalam apa jua keadaan sekalipun. Kalaupun barang-barang hiasan ini dilarang, maka larangan itu disebabkan pembaziran, kesombongan yang lahir daripada penggunaan yang salah dan sebagainya.
Menikmati keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit berwarna-warni tidak salah dari segi pandangan Islam, tetapi hendaknya jangan melampaui batas-batas kesederhanaan, sehingga mengurangkan barang-barang keperluan hidup yang sepatutnya dimiliki anak-anak dan keluarga untuk kehidupan mereka.
Jika bunga yang berwarna-warni dalam pasu dan taman-taman harus dinikmati keindahannya, pokok-pokok yang indah segar harus dimiliki, sekalipun jika terpaksa mengeluarkan sedikit bayaran. Mengapa keindahan ayam serama, ikan emas dan burung pipit tidak boleh dinikmati.
Menyekat kebebasan burung dalam sangkar tidak harus menjadi alasan pengharaman, kerana pokok-pokok bunga juga dikawal kebebasannya dalam pasu dan bekas-bekas kecil.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan: Bukan semua perkara yang menyenangkan hati itu dibenci Islam, bukan juga sesuatu yang disukai hati manusia itu buruk, tetapi dilarang mengambilnya jika syarak melarangnya kerana membawa kepada riak dan sombong. Insan memang sukakan sesuatu yang indah, suka supaya dilihat dirinya cantik, oleh itu mencari sesuatu yang disenangi jiwa tidak dilarang. Seseorang harus menyikat rambutnya dan tidak harus membiarnya kusut masai, menilik mukanya dalam cermin, membetulkan serbannya yang tidak cantik dilihat,memakai kain tebal di sebelah dalam dan memakai yang halus di sebelah luar supaya senang hati orang melihatnya (Jami' al-Ahkam, 7/97).
Berpandukan mukadimah ini, kita dapat menarik kesimpulan, iaituIslam tidak menentang sebarang perhiasan, perniagaan dan penggunaan barang-barang hiasan. Antara perhiasan termasuklah ayam serama, burung pipit dan ikan emas yang dibela untuk hiasan rumah.
Haiwan ini harus dibela, dijual dan diniagakan, tetapi hendaklah dengan syarat-syaratberikut:
1. Tidak bermaksud untuk berbangga dan bermegah-megah, sebagaimana adat orang mewah dan berada. Hukum pengambilan barang-barang hiasan itu bergantung kepada niat.
2. Jangan lekakan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat, tanggungjawab kepada keluarga, disebabkan oleh pembelaan haiwan dan sesuatu yang berupa hiasan.
3. Jangan cuai melaksanakan tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara seperti memberinya makan, minum dan keselamatannya.
Dalam sebuah hadis yang sangat popular tentang penyeksaan terhadap haiwan, baginda rasulullah s.a.w. memberi amaran terhadap seorang wanita yang memelihara kucing, tetapi tidak memberinya makan minum dan penjagaannya, lalu ia dimasuk ke neraka atas kesalahan itu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Anas ibnMalik r.a. katanya: Baginda rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling baik akhlaknya, baginda selalu datang ke rumahku dan selalu bertanya adikku Umair. Pada suatu hari, baginda datang dan bertanya: Oh AbuUmair ke mana perginya burung kecil engkau? Dijawabnya, burung masih dalam peliharaannya.
Melihat kepada hadis di atas jelas kepada kita bahawa nabi s.a.w. tidak melarang memelihara burung. Ini menunjukkan boleh memeliharanya. Jika perkara ini hukumnya haram, nescaya nabi s.a.w telah melarangnya dan menyuruh melepaskan burung tersebut.
Al-Damiru dalam kitabnya Hayat al-Haiwan menyatakan: Hadis di atas menjadi dalil harus memelihara burung dan berhibur dengannya. Berkata Abu al-Abbas al-Qurtubi: Membela burung terpaksa disekat kebebasannya dalam sangkar. Adapun menyeksa dan memain-mainkannya maka hukumnya haram, kerana nabi s.a.w. melarang menyeksa haiwan, kecuali kerana sembelih untuk dimakan sahaja.
Ibn Aqil al-Hanbali melarang menyekat burung dalam sangkar, kerana cara itu adalah suatu penyeksaan terhadapnya. Beliau mengambil dalilnyadaripada hadis Abu al-Dard' r.a. yang menyatakan: Pada hari kiamat akan datang burung-burung pipit, lalu membuat aduan kepada Allah, keranamanusia menyeksanya semasa di dunia dahulu.
Alasan ini dijawab oleh sesetengah ulama, iaitu hadis ini dituju kepada mereka yang menyeksa dan tidak memberinya makan dan minum.Al-Qaffal menyatakan, jika haiwan iaitu diberinya makan minum yang cukup, nescaya harus dibelanya.
Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Damiri yang mengharuskan bela burung, ayam dan ikan untuk hiasan, dengan syarat hendaklah dijaga dengan cukup makan minum dan keselamatannya. Wallah a'lam.

Isnin, 5 Oktober 2009
kotak bertelur [nestbox] budgie
Ahad, 4 Oktober 2009
BEBERAPA CONTOH BEKAS MAKANAN BURUNG YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN TERPAKAI!
Cara-cara membuat bekas makanan burung peliharaan.
1. Step 1
Ambil botol air minuman bergas. Apa-apa jenama boleh. Besar atau kecil. Bergantung kepada saiz kegemaran kita dan bilangan burung yang kita pelihara. Buang label botol itu. Cuci botol sehingga hilang bau. Kemudian keringkan.
2. Step 2
Tebuk satu lubang di botol tersebut.[ lhat gambar] Anda juga boleh membuat dua lubang di kiri dan kanan botol tersebut.
3. Step 3
Letak satu kayu kecil dekat lubang tersebut. Kayu ni sebagai tempat burung berpijak waktu nak makan makanan dalam botol.
4. Step 4
Letakkan tali atau dawai di sebelah atas botol untuk memudahkan kita menggantung bekas makanan ini.
5. Step 5
Masukkan makanan burung seperti sekoi, bunga matahari dan sebagainya melalui lubang atas botol. Tutup semula dengan tudung botol. Supaya tidak bekas makana tersebut tidak dimasuki air hujan atau najis burung.
Gantung di tempat yang mudah dilihat oleh burung anda! SELAMAT MENCUBA.

Selasa, 29 September 2009
BUKU TENTANG MEMELIHARA BURUNG YANG KU ADA!
Mencari buku mengenai burung-burung yang diternak di dalam sangkar, sukar ditemui dipasaran. Puas aku mencarinya di kedai-kedai buku, tak ada, tak dapat. Cari kat populor tak ada, kat kunokuniya tak ada juga, last hubungi MPH. alhamdulillah dapat satu.[lihat gambar ] Tu..walaupun dalam bahasa Inggeris, dapat juga baca tanpa memahaminya dgn baik. Maklumlah aku ni orang kampung. Ngaji dok tinggi. so, gitulah. ahhhh...tengok gambar ajelah. Dah cukup.
Sesiapa yang ada buku macam tajuk di atas, yang hendak dijual, sila hubungi saya.
Isnin, 28 September 2009
diamond dove [ketitir belian ]
Orang Terengganu panggil burung ni Titir Bali! Mengapa ye..timbul istilah bali. Pada hal asal burung ni kat Australia..bukan bali! Sepatutnya dipanggil titir belian! sape boleh bagi komen, silakan...
koleksi burung ku
1. 15 pasang cockateil.
2. 30 pasang budgie.
3. 4 pasang diamond dove.
4. 2 specis kuang - silver & golden.
gambar nanti saya masukkan kemudian ye!
2. 30 pasang budgie.
3. 4 pasang diamond dove.
4. 2 specis kuang - silver & golden.
gambar nanti saya masukkan kemudian ye!
Rabu, 16 September 2009
Selasa, 15 September 2009
kriteria burung yg perlu dilihat apabila anda hendak membelinya
Selepas anda telah kenalpasti burung mana yang anda nak bela so kena pergi belila samada kat kedai haiwan peliharaan @ melalui breeder dan dealer yang sah.. Ini penting sebab kalau kita beli dari punca yang sah maka takkan timbul masalah dari segi lesen dan status kesihatan burung2 tersebut.. Kebanyakan burung yang diimport @ diseludup samada dari Thailand @ Indonesia mempunyai kualiti kesihatan yang kurang memeuaskan.. Perlu tengok kriteria seperti berikut;
1. Mata yang bersinar bercahaya...
2. Bulu yang berkilat bersinar, tiada kecacatan bulu seperti cabik,koyak @ tanda2 kekotoran lain.. Kotor di sini bermakna burung itu kurang sihat kerana burung yang sihat akan sentiasa membersihkan bulunya dari segala kekotoran..
3. Lubang hidung (nostrils) di kedua2 bahagian mesti sama saiz dan tiada sebarang discaj yang keluar.. Kalau ada discaj mungkin burung tu mengalami flu dan lain2 penyakit respiratori.. Saiz lubang hidung mesti sama sebab kalau terlalu besar @ besar sebelah menunjukkan yang burung tersebut mengalami masalah kekurangan Vit. A di masa lepas.. Dia akan jadi kecacatan kekal..
4. Periksa jari2 dan kuku kaki.. Sebab parrots cenderung bergaduh sesama kawanannya.. Kalau ada kecacatan pada bahagian jari dan kuku kaki akan mengurangkan harga burung tersebut.. Kalau nak beli jugak mintak tawar pada penjual.. Kuku kalau patah @ tercabut lambat @ memang takkan tumbuh balik..
5. Periksa najisnya.. Kalau burung yang sihat najisnya akan solid dan ada warna hijau beserta sedikit warna putih.. Kalau cair sangat dan warna selain hijau tu hati2.. Mungkin mengalami penyakit @ mungkin menunjukkan diet pemakanan yang tak sempurna..
6. Periksa paruh atas dan bawah.. Pastikan dia berkilat dan licin serta tiada keretakan atau abnormaliti pada kedua2 bahagian tersebut.. Sebab paruh yang kurang elok @ abnormal (terlalu panjang/pendek) menunjukkan diet burung tu tak kena dan kurang zat yang diperlukan.. Paling ditakuti penyakit PBFD (Pcittacines Beak & Feather Disease) yang mana tiada ubat lagi sampai sekarang kerana ia disebabkan oleh virus.. Koloni parrots di hutan juga mengalami masalah yang sama jadi kita kena hati2..
7. Pastikan burung tu aktif.. Kalau burung jinak dia akan datang pada kita dan menunjukkan respon "nak main" dengan manusia.. Kalau burung liar pula dia akan panic dan berusaha pergi ke tepi penjuru sangkar untuk menyelamatkan diri.. Kalau burung liar diam je maknanya tak lama la tu..
8. Pastikan species burung yang nak dibela tu di bawah akta jadual Perhilitan.. Kalau berlesen pastikan ada dokumen lengkap pemilikan/import burung tersebut.. Sebab ramai yang terkena dah nak bela penjual kata takda perlukan lesen memelihara tau2 Perhilitan sampai umah.. Burung kena rampas dan tuan empunya kena kompaun/naik mahkamah.. Yang si penjual buat tak tahu ja.. Pastikan juga lesen diterima sejurus bayaran harga burung dibuat sebab ada jugak kes yang owner dah buat semua pembayaran tapi lesen tak dapat sampai ke sudahpun ada.. Kes memula cakap lain belakang cakap lain..

cara mengenali jantina cockatiel
Senang je nak kenal mana jantan n betina...biasanya tgk bulu warna jingga kat pipi dia...klu terang n menyerlah, jantan la...klu pudar je, betina la tu..selain tu tgk bulu kepak n ekor, kalau ada garisan kat bawah tu sah betina...yg jantan kosong je..
Ni untuk mutation selain albino la...kalau albino payah la sikit.
Ni contoh:

sarang bertelur budgie
ni contoh tempat bertelur burung tu. org cakap lantai dia kna berlekuk cikit sebab nk mudahkan telur tu berkumpul 1 tempat. pas tu xnak kaki anak burung tu jadi cacat ( terkangkang)
cara mengenali jantina budgie
Bagaimana mengenali jantan dan betina?- Agak mudah iaitu dengan milihat 'Cere'
Betina:
Jantan:
Perbandingan:
jantan sebelah kiri, betina disebelah kanan

Ahad, 13 September 2009
renungan
"Setiap orang bernama manusia tak kira apa bangsa atau agama, mempunyai hobi atau kegemaran tersendiri. Ada dikalangan mereka yang mendapat ketenangan dengan hobi mereka itu seperti pemancing, ada yang untuk menyihatkan badan seperti bermain badminton, ada yang sekadar mengisi masa terluang yang ada seperti penternak burung. Jika hobi membawa manfaat kepada kita, lebih baik diteruskan kerana sudah pasti membawa sesuatu yang bermakna kepada kita."
Langgan:
Catatan (Atom)