Isnin, 23 Ogos 2010

Sarang Bertelur [nestbox]


Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemelihara budgie ialah sarang bertelur. Sarang bertelur ini sangat mustahak penting diambil berat kerana ianya adalah penyambung hayat kepada generasi budgie yang ada di dalam reban kita.

Serama2u perhatikan penternak budgie ini, menyediakan pelbagai bentuk sarang bertelur ini. Ada yang diperbuat daripada kotak kayu, ada yang gunakan kelapa yang ditebuk tupai, ada yang guna tempurung kelapa yang dilubangi, ada yang gunaka buluh, dan lain-lain lagi. Walaupun budgie ini tidak cerewek atau memilih sarang bertelur mereka tetapi kita perlu lihat, design manakah yang terbaik!

Pengalaman yang dilalui dalam menternak budgie ini, penggunaan kotak kayu adalah yang terbaik sebenarnya. Walaupun kos permulaannya memerlukan sedikit modal untuk menyediakannnya, berbanding penggunaan kelapa atau tempurung atau sebagainya, yang tidak memerlukan modal yang banyak. Mengapa saya membuat kesimpulan sedemikian?

Sebenarnya budgie ni, jika perhatikan waktu tetas telur tidak sama. Ada hari ini dan ada hari esok dan seterusnya. Jadi anak-anak budgie tidak sama tumbesarannya di dalam sarang bertelur tu. Penggunaan kelapa atau tempurung menyebabkan kita mendapat peratus hidup anak budgie yang sedikit. Mengapa? Kerana ruang di dalam kelapa atau tempurung itu tidak terhad dan sekata. Menyebabkan anak-anak budgie yang lahir pijak memijak antara satu sama lain. Jadi apabila keadaan ini berlaku, anak yang lahir kemudian akan mati kerana dipijak oleh anak yang besar yang lahir terdahulu. Sebab penternak yang menggunakan kelapa atau tempurung rata-rata akan mendapat paling tinggi 2 ekor je anak budgie yang hidup. Berbanding penggunaan kotak kayu, kadar hidup anak budgie tu mencapai 3 eko ke atas. Mengapa? Kerana ruang dalam kotak kayu yang sekata dan luas, memboleh kan anak-anak budgie dapat mengelak daripada dipijak antara satu sama lain. Jadi yang lahir kemudian tidak dipijak oleh abang yang besar. Tengok-tengoklah.

Jumaat, 19 Februari 2010

Cara Membuat Bekas Air Minum Burung


Kelebihan:
1.       Kalis nyamuk.
2.       Air sentiasa bersih.
3.       Kurang penyelenggaraan.
4.       Murah.
5.       Lasak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1.       1 Botol minuman berkarbonat  @ air mineral.
2.       1 Tudung botol.
3.       1 Batang paku 3 inci.
4.       1 Dawai kasar panjang 6 inci.
5.       2 Elbow paip pvc 20mm x 15 mm.
6.       1 Gam paip pvc.
7.       1 Gergaji besi.
Cara membuatnya:
1.       Ambil Botol minuman berkarbonat  dan pasangkan tudungnya. Jangan terlalu ketat sebab ia perlu ditanggalkan kembali nanti. [ saya syorkan kepada anda agar menggunakan botol air berkarbonat / air bergas berbanding botol air mineral / minuman sebab ia lebih tebal dan tahan lasak].

2.       Tebuk satu lubang di atas tudung botol tersebut. Seluas jari kelingking anda. Gunakan mesin penebuk atau paku atau pisau yang tajam. Saya syorkan agar anda menggunakan paku 3 inci. Sebab ia mudah didapati di kedai hardware. Panaskan hujung paku menggunakan api dapur gas dan tebuk tudung botol tersebut.

3.       Sapu gam pada bahagian dalam elbow 20mm dan pada satu elbow lagi, sapukan gam pada sebelah luar elbow 15mm. Kemudian masukkan elbow 15mm tersebut ke dalam elbow 20mm tadi. Pusingkan sedikit kedua-dua elbow itu agar gam menjadi sebati. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran air. Pastikan dua-dua hujung elbow yang satu lagi itu berada pada arah yang sama. Biarkan ia kering.

4.       Potong hujung elbow 15mm itu sebanyak ¼ inci.

5.       Panaskan hujung elbow 20mm di atas dapur gas. Pastikan api pada tahap low sahaja. AWAS! Api yang terlalu panas akan mencairkan elbow anda! Kemudian masukkan tudung botol tadi ke dalam elbow ini. Biarkan ia sejuk selama 10  minit.

6.       Cabut keluar elbow itu daripada tudung botol. Sapukan gam pada bahagian dalam elbow 20mm itu dan sapukan juga gam pada tudung botol. Cantumkan semula kedua-dua bahagian tersebut. Pastikan gam sekata agar tidak berlaku kebocoran air!

7.       Letakkan dawai di sekeliling botol dan pusingkan agar ia menjadi ketat. Tinggalkan hujung dawai sepanjang 1 inci. Lalu jadikan ia seperti penyangkut. Dawai yang lebih hendaklah di potong.



8.       Masukkan air ke dalam botol tersebut dan anda boleh meletakkannya di mana-mana sudut yang sesuai di dalam sangkar burung anda! Selamat mencuba!

KOS membuat 1 bekas air minuman burung anda, hanya RM1 SAHAJA! Elbow sahaja perlu dibeli. Botol anda boleh cari di tempat-tempat rekreasi. Pastikan anda membawa guni pallet untuk mengisi botol tersebut! HE HE HE HE HE....
Siapa tak faham, sila hubungi saya untuk penjelasan lanjut.....