Kelebihan:
1. Kalis nyamuk.
2. Air sentiasa bersih.
3. Kurang penyelenggaraan.
4. Murah.
5. Lasak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 1 Botol minuman berkarbonat @ air mineral.
2. 1 Tudung botol.
3. 1 Batang paku 3 inci.
4. 1 Dawai kasar panjang 6 inci.
5. 2 Elbow paip pvc 20mm x 15 mm.
6. 1 Gam paip pvc.
Cara membuatnya:
1. Ambil Botol minuman berkarbonat dan pasangkan tudungnya. Jangan terlalu ketat sebab ia perlu ditanggalkan kembali nanti. [ saya syorkan kepada anda agar menggunakan botol air berkarbonat / air bergas berbanding botol air mineral / minuman sebab ia lebih tebal dan tahan lasak].
2. Tebuk satu lubang di atas tudung botol tersebut. Seluas jari kelingking anda. Gunakan mesin penebuk atau paku atau pisau yang tajam. Saya syorkan agar anda menggunakan paku 3 inci. Sebab ia mudah didapati di kedai hardware. Panaskan hujung paku menggunakan api dapur gas dan tebuk tudung botol tersebut.
3. Sapu gam pada bahagian dalam elbow 20mm dan pada satu elbow lagi, sapukan gam pada sebelah luar elbow 15mm. Kemudian masukkan elbow 15mm tersebut ke dalam elbow 20mm tadi. Pusingkan sedikit kedua-dua elbow itu agar gam menjadi sebati. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya kebocoran air. Pastikan dua-dua hujung elbow yang satu lagi itu berada pada arah yang sama. Biarkan ia kering.
5. Panaskan hujung elbow 20mm di atas dapur gas. Pastikan api pada tahap low sahaja. AWAS! Api yang terlalu panas akan mencairkan elbow anda! Kemudian masukkan tudung botol tadi ke dalam elbow ini. Biarkan ia sejuk selama 10 minit.
6. Cabut keluar elbow itu daripada tudung botol. Sapukan gam pada bahagian dalam elbow 20mm itu dan sapukan juga gam pada tudung botol. Cantumkan semula kedua-dua bahagian tersebut. Pastikan gam sekata agar tidak berlaku kebocoran air!
7. Letakkan dawai di sekeliling botol dan pusingkan agar ia menjadi ketat. Tinggalkan hujung dawai sepanjang 1 inci. Lalu jadikan ia seperti penyangkut. Dawai yang lebih hendaklah di potong.
8. Masukkan air ke dalam botol tersebut dan anda boleh meletakkannya di mana-mana sudut yang sesuai di dalam sangkar burung anda! Selamat mencuba!
KOS membuat 1 bekas air minuman burung anda, hanya RM1 SAHAJA! Elbow sahaja perlu dibeli. Botol anda boleh cari di tempat-tempat rekreasi. Pastikan anda membawa guni pallet untuk mengisi botol tersebut! HE HE HE HE HE....
Siapa tak faham, sila hubungi saya untuk penjelasan lanjut.....