Budgie Liar
Budgie liar mempunyai warna asas kuning dgn bulu biru menjadikannya kelihatan hijau (kuning + biru = hijau). Perhatikan juga corak belang hitam pada budgie tersebut adalah corak asal pada budgie liar. Semua warna budgie selain daripada hijau normal adalah dihasilkan dlm kurungan.
Budgie di dalam habitat semulajadi mereka di Australia berukuran purata 18 cm (7 inci), berat 30-40 gram(1,1-1,4 oz), dan memaparkan warna badan hijau cerah (abdomen dan rumps), manakala mantel mereka (belakang dan bulu sayap) memaparkan warna hitam .Dahi dan muka kuning di kalangan budgie dewasa tetapi dengan jalur kehitaman cere (hidung) pada budgie yang muda sehingga mereka mengubah ke bulu dewasa mereka ketika berumur sekitar 3-4 bulan. Mereka memaparkan sedikit warna ungu (dipanggil cheek patches) dan satu siri tiga bintik hitam di seluruh setiap belah leher mereka (dipanggil throat-spots). Kawasan-kawasan paling luar throat-spots terletak pada pangkal setiap cheek-patch. Ekor cobalt (biru gelap); bulu ekor di luar memaparkan kilauan kuning pusat. Sayap budgie mempunyai bulu penerbangan kehijauan hitam dan bulu hitam dengan pinggir kuning bersama-sama dengan pusat dan memancarkan kuning, yang hanya akan kelihatan ketika sedang terbang atau apabila sayap dihamparkan.
Budgie di dalam habitat semulajadi mereka di Australia adalah lebih kecil daripada budgie yang dibela dalam kurungan. Spesies burung ini telah dibesarkan dan dimutasikan kepada banyak warna-warna yang lain di dalam kurungan (contohnya biru, kelabu, kelabu-hijau, pieds, ungu, putih, kuning-biru). Separuh bahagian atas paruh mereka adalah lebih tinggi daripada separuh bawah dan meliputi bahagian bawah apabila ditutup. Paruhnya tidak menonjol, disebabkan bulu yang tebal memberikan penampilan paruh ke bawah menghala ke arah yang terletak rata terhadap muka.
Budgie di dalam habitat semulajadi mereka di Australia adalah lebih kecil daripada budgie yang dibela dalam kurungan. Spesies burung ini telah dibesarkan dan dimutasikan kepada banyak warna-warna yang lain di dalam kurungan (contohnya biru, kelabu, kelabu-hijau, pieds, ungu, putih, kuning-biru). Separuh bahagian atas paruh mereka adalah lebih tinggi daripada separuh bawah dan meliputi bahagian bawah apabila ditutup. Paruhnya tidak menonjol, disebabkan bulu yang tebal memberikan penampilan paruh ke bawah menghala ke arah yang terletak rata terhadap muka.
WARNA ASAS
Warna budgie boleh dikategorikan kepada 2 variasi warna asas iaitu sama ada warna asaspigmen kuning atau pun ia kekurangan warna asas pigmen kuning yang menjadikannyawarna asas putih. Secara amnya, warna asas kelihatan pada topeng (mask) dan di antara jalur hitam pada kepala dan sayap. (kecuali pada variati bermuka kuning). Kebiasaannya, bulu badan distrukturkan untuk membalikkan warna biru. Bagi budgie dengan warna asas kuning, warna biru pada bulu badan akan bergabung dengan warna asas pigmen kuning yang menghasilkan warna hijau terang (variati warna yang biasa terdapat pada budgie). Bagi budgie dengan warna asas putih, tidak terdapat warna asas pigmen kuning yang menghasilkan bulu badan yang berwarna biru terang.
FAKTOR PENGGELAP
Genetik Asas
- Faktor penggelap – semi-dominan
- Biasa – resesif
Semua budgie mempunyai aras “faktor pengelap” bermula daripada tiada faktor penggelap, satu faktor penggelap, atau dua faktor penggelap. (Budgie liar tiada faktor penggelap). Faktor penggelap menggelapkan lagi warna biru pada bulu badan (bagi budgie yang sama sekali berbeza warna seperti albino dan lutino, faktor penggelap juga terdapat tetapi tidak dapat diketahui).
- Budgie berwarna hijau (asas kuning) dengan tiada faktor penggelap akan mempunyai warna asal hijau terang. Variati ini biasanya dipanggil Hijau(Green) atau Hijau Cerah(Light Green).
- Satu faktor penggelap menghasilkan hijau gelap. Variati ini dipanggil “Dark Green“.
- Dua faktor penggelap akan menghasilkan warna hijau zaitun (Deep Olive Drab Green). Variati ini dipanggil “Olive”.
- Budgie berwarna biru (asas putih) dengan tiada faktor penggelap akan mempunyai warna asal biru langit terang. Variati ini biasanya dipanggil “Sky Blue”.
- Satu faktor penggelap akan menghasilkan warna biru cobalt. Variati ini dipanggil “Cobalt“.
- Dua faktor penggelap akan menghasilkan warna biru kelabu kegelapan (warna kelabu melebihi warna biru). Variati ini dipanggil “Mauve“.
Pada setiap aras faktor penggelap terdapat juga beberapa variasi bagi kegelapan. Seekor budgie dengan warna Sky Blue mungkin kelihatan lebih gelap daripada budgie lain dengan warna Sky Blue, begitu juga dengan seekor budgie dengan warna Olive juga mungkin kelihatan lebih cerah daripada seekor budgie yang lain yang juga mempunya warna Olive.
ASAS-PUTIH | ||
Tiada faktor penggelap menghasilkan variati Sky Blue. | Satu faktor penggelap menghasilkan variati Cobalt. | Dua faktor penggelap menghasilkan variatiMauve. |
FAKTOR KELABU
Genetik Asas
- Faktor Kelabu – Dominan
- Biasa – Resesif
Faktor kelabu adalah faktor warna tambahan. Jika budgie mempunyai faktor kelabu, warna kelabu ditambahkan pada warna asal budgie. Warna kelabu sangat kuat dan akan menutupi warna asal dibawahnya.
- Budgie biasa asas kuning dengan faktor kelabu akan menghasilkan warna kelabu-hijau.
- Budgie biasa asas putih dengan faktor kelabu akan menghasilkan warna kelabu.
Faktor Kelabu pada asas kuning biasa menghasilkan variati kelabu-hijau | Faktor kelabu pada asas putih biasa menghasilkan variatikelabu. |
FAKTOR VIOLET
Genetik Asas
- Faktor violet – semi-dominan
- Biasa – resesif
Faktor violet adalah faktor warna tambahan. Walau bagaimanapun ia tidak sekuat faktor kelabu. Jika budgie mempunyai faktor violet, anda mungkin tidak menyedarinya. Warna violet sejati hanya kelihatan pada budgies berwarna Cobalt (budgie asas putih dengan satu faktor penggelap) atau, jika dua faktor pada budgies Sky Blue (budgie asas putih dengan tiada faktor penggelap). Adalah amat susah untuk mengesahkan bahawa budgie asas-kuning mempunyai faktor violet. Warna violet biasanya menggelapkan warna hijau pada bulu badan sama seperti faktor penggelap. Kadangkala, jika anda melihat dengan lebih teliti, sedikit warna violet akan kelihatan pada bulu badan, berdekatan dengan kaki dan pada “vent” budgie berwarna hijau dengan faktor violet. Budgie berwarna Sky Blue dengan satu faktor violet akan mempunyai sedikit warna violet terutamanya pada bulu badan berdekatan kaki, dan kadangkala kelihatan lebih gelap daripada warna sky blue biasa. Adalah amat susah untuk mengesan faktor violet pada budgie mauve.
DILUTION
Sebagai tambahan kepada faktor penggelap, budgie juga mempunyai tahap kecairan warna. Terdapat empat (4) jenis kecairan warna:-
- Greywing
- Full-body greywing
- Clearwing
- Dilute
Budgie Greywing mempunyai tanda kelabu pada kepala dan sayap selain daripada warna hitam . Warna bulu badan mengalami kecairan kira-kira 50%.
Budgie Full-body greywing mempunyai tanda yang sama dengan budgie Greywing tetapi warna badan lebih cerah (tiada pencairan warna).
Budgie Clearwing mempunyai tanda yang sangat sedikit atau tiada langsung tanda pada kepala dan sayap serta warna bulu badan adalah cerah (tiada pencairan warna).
Budgie Dilute mempunyai kecairan warna sepenuhnya. Tanda pada kepala dan sayap sangat sedikit dan warna bulu badan mengalami pencairan warna melebihi 80%.
Greywing |
Full-body greywing |
Clearwing |
Dilute |
YELLOWFACE
Budgie “yellowface” terletak di antara budgie asas-kuning dan budgie asas-putih. Terdapat beberapa aras perbezaan pigmen kuning, kurang daripada variati asas-kuning. Perbezaan aras pigmen kuning adalah disebabkan oleh beberapa gen yang berbeza. Secara umumnya, terdapat 2 jenis “yellowface“: Jenis I dan Jenis II.
- Pada budgie “yellowface” Jenis I, bulu muka semuanya berwarna kuning. Warna kuning juga terdapat pada bulu ekor.
- Pada budgie “yellowface” Jenis II, sama seperti Jenis I, tetapi selepas berumur 3 bulan, warna kuning akan bergabung dengan warna badan untuk menjadi warna baru, bergantung kepada warna asal.
Untuk budgie variasi “sky blue“, budgie “yellowface” jenis II akan membentuk warna “seafoam green”, tetapi bagi jenis I, warna badan kekal “sky blue“.
“yellowface” Jenis I | “yellowface” Jenis II |
LUTINO / ALBINO
Lutino/albino telah menghilangkan keseluruhan warna dan tanda yang terdapat pada budgie, meninggalkan hanya warna asas (kuning atau putih). Lutino dan albino adalah variati yang sama. Mereka hanya berbeza atas nama bagi variati yang sama dalam keluarga budgie asas-kuning dan budgie asas-putih. Albino adalah budgie asas-putih dan berwarna keseluruhan putih dengan warna mata merah/merah jambu. Terdapat 2 mutasi yang ada padalutino/albino. “Cinnamon” menyebabkan tanda pada kepala dan sayap berwana coklat cerah, mewujudkan variati “lacewing”. “Yellowface” menyebabkan “albino” yang kebiasannya berwarna putih memaparkan beberapa aras warna kuning pucat. Budgie ini kadangkala dipanggil “creamino”. Jika ia “yellowface” jenis I, kesemua bulu badan berwarna kunig krim.“Cere” jantan lutino/albino berwarna ungu manakala betina berwarna putih/coklat.
Variati Lutinowarna kuning dengan mata merah | Variati Albino warna kuning dengan mata merah |
“Yellowface” memaparkan berbagai bayang kuning (bergantung kepada genetik budgie) dalam wariati “ino”. Ini kadangkala dipanggil “creamino”. |
OPALINE
Opaline adalah mutasi corak berjalur. Ia membalikkan corak jalur pada bulu kepalanya supaya terdapat kawasan putih yang tebal dan jalur hitam yang tipis. Satu lagi ciri yang menambahkan keindahan mutasi ini adalah warna bulu badan sepanjang jalur pada belakang leher dan turun melalui bulu sayap. Ekor budgie “Opaline” bersifat berpola dengan kawasan cerah dan berwarna dari badan menurun ke ekor.
SPANGLE
Spangle menyebabkan tanda-tanda pada sayap dan ekor diterbalikkan. pada sayap-sayap, tepi berwarna putih mewujudkan corak jalur biasa berbanding berwarna hitam. Bulu badan kebanyakannya jelas (berwarna kuning atau putih) dengan jalur nipis hitam di pinggir. Kadang-kadang mutasi “spangle” menyebabkan sedikit warna badan muncul di antara jalur pada belakang kepala. Tidak seperti “opaline”, “spangle” tidak menyebabkan warna badan tersebar ke seluruh bulu leher dan sayap. Walau bagaimanapun budgie boleh jadi antara“spangle” dan “opaline”, menyebabkan corak unik warna disepanjang sayap.
Secara genetik, “spangles” dwi-faktor kesemuanya berwarna semua kuning atau semua putih (bergantung kepada warna asas). Anda dapat mengenal budgie “spangle” dwi-faktor melalui iris yang semakin cerah dengan peningkatan usia. Sebagai perbandingan, “lutinos / albinos”mempunyai mata merah dan “dark-eyed clear” bermata plum gelap di sepanjang hayat mereka.
CINNAMOM
“Cinnamon” menyebabkan tanda-tanda yang biasanya berwarna hitam pada kepala dan sayap bertukar coklat. Mutasi “cinnamon” tidak menjejaskan warna bulu badan, tetapi kadang-kadang boleh memberi mereka sedikit cinnamon pada badan.
DOMINANT PIED
Budgie “dominant pied” biasanya mempunyai corak yang berbeza. Sentiasa ada tompokan bulu badan yang jelas merentasi perut lebih ke bawah. kumpulan ini boleh dari sangat kecil ke sangat besar, meliputi hampir seluruh kawasan perut. Tompokan ini juga kadang-kadang boleh menjadi tidak teratur, tidak membentuk sebuah kumpulan yang lengkap di seluruh perut. Terdapat juga tompokan bulu yang jelas di seluruh bahagian bawah sayap. Tompokan ini boleh dihadkan kepada bulu sayap yang sangat rendah atau meliputi hampir keseluruhan kawasan sayap. “Dominant pied” juga sentiasa mempunyai tompokan bulu jelas di belakang kepala.
Secara genetik, “dominant pied” dwi-faktor adalah berbeza dari yang biasa diterangkan di atas. “Dominant pied” dwi-faktor mempunyai tanda-tanda yang sangat sedikit; kebanyakan bulu mereka adalah jelas. Anda boleh melihat contoh di bawah ini.
Iris budgie “dominant pied” bertukar cerah mengikut kematangan. Ini merupakan faktor utama untuk membezakan antara “dominant pied” dan “recessive pied” iaitu iris “recessive pied” kekal berwarna plum gelap sepanjang hidup mereka.
Variati “dominant pied” mempunyai warna cerah di bahagian bawah sayap | Tompokan disepanjang sayap “dominant pied” boleh jadi sangat besar. | |
“Dominant pied” dwi-faktor keseluruhannya warna cerah. |
RECESSIVE PIED
Pada amnya. budgie “recessive pied” mempunyai buluh yang jelas “clear” pada semua bahagian kecuali pada “rump” yang masih mengekalkan warna asal badan.
Secara umum ada tampalan bulu badan biasanya berwarna berhampiran bahagian bawah perut. Tanda pada sayap boleh terdapat dari sedikit ke sangat banyak. Bulu di kepala kebanyakannya jelas kecuali tampalan berdekatan mata dan bahagian atas kepala.
Mata “recessive pied” budgie berwarna plum gelap disepanjang hayat budgie. Ini adalah cara untuk membezakannya dengan “dominant pied”. “Cere” budgie jantan dewasa berwarna ungu manakala betiwa berwarna putih/coklat.
Mata “recessive pied” budgie berwarna plum gelap disepanjang hayat budgie. Ini adalah cara untuk membezakannya dengan “dominant pied”. “Cere” budgie jantan dewasa berwarna ungu manakala betiwa berwarna putih/coklat.
CLEARFLIGHT PIED
Budgie “clearflight pied” akan mempunyai semua bulu penerbangan yang jelas “clear”. Kadang-kala bulu utama (baris bulu di atas bulu penerbangan) dan / atau bulu ekor juga akan jelas“clear”. Biasanya “clearflight pied” akan mempunyai beberapa tompok kecil bulu badan yang jelas di sekitar leher. Budgie “clearflight pied” juga mempunyai tompokan bulu yang jelas di belakang kepala.
DARK EYED CLEAR
Budgie “dark-eyed clear” sebenarnya adalah kombinasi “recessive pied” dan “clearflight pied“. Apabila terdapat kedua-dua mutasi, budgie itu tidak mempunyai tanda-tanda atau warna. Ia adalah sama ada berwarna kuning tulen (jika ia adalah budgie berasaskan kuning) atau putih tulen (jika ia adalah budgie berasaskan putih). Budgie “dark-eyed clear“ bermata gelap yang jelas tidak akan berubah dengan peningkatan usia.
“Cere” untuk budgie jantan dewasa berwarna ungu dan betina berwarna putih/coklat.
“Cere” untuk budgie jantan dewasa berwarna ungu dan betina berwarna putih/coklat.
FALLOW
Terdapat beberapa jenis varieti budgie “fallow”, tetapi secara umum, tanda pada kepala, sayap dan ekor budgie “fallow” keperangan. Warna badan secara beransur-ansur cair dan paling ketara pada “rump”. Mata berwarna merah (beberapa variati tidak mempunyai iris berwarna merah jambu) dan “cere” budgie “fallow” jantan berwarna ungu dan betina berwarna putih/coklat.
CRESTED
“Crested” adalah mutasi unik. Pada variati ini, bulu pada bahagian paling atas titik kepala menyerong daripada budgie yang normal, yang membentuk “crested”. Secara umumnya, terdapat tiga jenis “crested“. Pada “crested” bulatan penuh, bulu kepala memancar dalam satu bulatan penuh dari titik pusat di kepala, membentuk apa yang mungkin kelihatan seperti “crest” bulatan. Pada “crest” setengah bulatan, bulu memancar dari titik pusat hanya separuh atau sebahagian jalan di sekitar kepala. Pada “crest” berumbai, bulu titik memancar ke atas atas atau ke belakang daripada yang lain berdekatan kepala, membentuk berjambul. Terdapat juga beberapa variasi budgie “crest” di mana bulu di belakang / sayap tumbuh menyerong dan ke atas.
SADDLEBACK
Untuk variati budgie “saddleback”, terdapat jalur kelabu gelap pada bahagian kepala dan bentuk huruf “V” pada kawasan bahu dan bahagian atas sayap. Tanda-tanda ini secara beransur-ansur kembali kepada warna hitam yang biasa di bahagian bawah sayap. Tanda pada kepala adalah jarang. Variati ini kelihatan hampir sama dengan mutasi “opaline” kecuali warna badannya tidak muncul pada kepala dan sayap. Manakala bahagian lain badan adalah sama. Variati ini pertama kali muncul pada tahun 1975 di Australia dan bilangannya adalah masih sangat sedikit.
TEXAS CLEARBODY
Budgie variati “Texas clearbody” mempunyai warna bulu badan yang disebarkan atau tiada langsung, dan tanda-tanda pada sayap adalah gelap pada bahagian atas dan beransur kelabu ke arah hujung sayap. Standard warna untuk budgie “Texas clearbody” adalah tiada warna pada bulu badan selain warna putih atau kuning(bergantung kepada warna asas, asas-kuning atau asas-putih). Walau bagaimanapun budgie “Texas clearbody” boleh mempunyai sedikit warna pada bulu badan dengan pencairan warna sehingga 50%.
SLATE
Budgie “slate” merupakan faktor warna tambahan hampir sama dengan “grey” dan “violet”.“Slate” menghasilkan kelabu biru yang sangat gelap dalam budgie asas-putih. Kegelapan“slate” berbeza sedikit mengikut faktor penggelap. “Slate”, seperti “violet”, boleh hadir pada budgie hijau (asas-kuning), tetapi hanya menghasilkan kesan gelap. “Slate” yang sebenar hanya muncul pada budgies biru (asas-putih). Variati ini adalah amat jarang.
ANTHRACITE
BLACK FACEBudgie “anthracite” mempunyai badan warna hitam (atau kelabu yang sangat gelap). Semua tanda lain sama seperti pada budgie normal, kecuali pada bahagian pipi iaitu berwarna hitam sama seperti warna badan. Variati ini merupakan variati yang baru dan pertama kali ditemukan di Jerman. Variati ini menunjukkan ciri-ciri genetik semi-dominan. Faktor “anthracite” tunggal menghasilkan kesan gelap amat serupa dengan faktor tunggal gelap (menghasilkan “cobalt“). Budgie dengan dua faktor “anthracite” muncul sebagai “anthracite“sejati dengan badan yang berwarna hitam.
“Black face” adalah mutasi yang baru di mana jalur hitam (undulations) di kepala merebak sehingga ke muka dan “mask“, serta bulu badan. Mutasi “blackface” juga menyebabkan warna gelap pada badan. Mutasi ini adalah amat jarang berlaku dan yang terakhir yang diketahui hanya wujud di Belanda.
MOTTLED
Variati “mottled” adalah sangat unik. Budgie “mottled” menetas sama seperti budgie biasa. Dengan pertukaran warna secara progresif, semakin banyak bulu budgie tumbuh secara jelas “clear“. Budgie mula kelihatan agak seperti “pied” dengan warna dan corak yang lebih rawak.
LACEWING
“Lacewing” adalah variati komposit “lutino/albino” dan “cinnamon”. Kebanyakannya berwarna kuning (asas-kuning) atau kebanyakannya putih (asas-putih). Warna badan kurang kelihatan di bulu badan. Tanda-tanda pada kepala, sayap dan ekor muncul sebagai warna “cinnamon” pipi berwarna ungu pucat. Mata budgie “lacewing” berwarna merah/merah jambu, dan “cere” jantan dewasa berwarna ungu manakala betina berwarna putih/coklat.
HALF-SIDER
Budgie “half-sider” sebenarnya bukanlah variati yang sebenarnya. Ia bukanlah sifat yang diwarisi secara genetik sebaliknya ad adalah suatu keadaan kongenital. Secara visual, budgie ini dibahagikan kepada penampilan dan dua warna yang berbeza.