Selasa, 30 Oktober 2012

Beli buku budgie


Menuntut ilmu itu sangat mustahak.. Nak buat apa-apa perkara, eloklah belajar dulu.. Tak sama jika kita berbuat sesuatu tanpa ilmu dengan kita buat dengan ilmu.. sahih.. Allah telah sebut di dalam al-Qur'an tentang ini.

Firman Allah di dalam surah al-Zumar ayat 9:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ




Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?.

Atas dasar inilah ilmu perlu dituntut dan dicari. Ia tidak datang di dalam mimpi. Membaca buku adalah satu jalan untuk mendapat ilmu...lebih-lebih lagi bab burung budgie ni.. burung ni adalah burung yang berasal dari luar negeri pula [Australia].. tak ramai yang arif tentang cara-cara memeliharanya..membiak...merawatnya jika sakit.

Oleh kerana minat terhadap budgie ni..dan ketika ini saya mempunyai berpuluh ekor budgie dan english budgie..saya belilah buku-buku ni.. Buku import mahal la sikit..tapi jika nak bandingkan dengan ilmu yang ada kat dalam buku2 tu.. tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya.

Buku2 ni saya buat panduan.. mudah2an ada jalan dan kemudahan untuk menternak budgie ni dengan baik. insya'allah..



Ahad, 7 Oktober 2012

Hygro tonic block untuk budgie & EB


Setiap reban budgie dan english budgie ... saya letakkan hygro tonic block ni ...
Hygro tonic block menyediakan nutrisi tambahan yang diperlukan untuk burung saya. Ia memberikan kalsium kepada burung untuk membina tulang yang kuat. Guna tonic block ni burung jadi sihat, cergas dan aktif. Harga pun tak mahal rm1 je satu.... oleh kerana burung saya ramai terpaksalah saya beli banyak..satu kotak beb! hehe...satu kotak dapat 48.

Nampaknya semua burung budgie saya sukakannya..
hygro tonic block ni made in denmark.. tulis kat kulit dia lah..entah betul atau tidak, saya x tau la..hehe
Yang mustahak ianya bermanfaat untuk budgie saya..sekian adanye!