Selasa, 30 Oktober 2012

Beli buku budgie


Menuntut ilmu itu sangat mustahak.. Nak buat apa-apa perkara, eloklah belajar dulu.. Tak sama jika kita berbuat sesuatu tanpa ilmu dengan kita buat dengan ilmu.. sahih.. Allah telah sebut di dalam al-Qur'an tentang ini.

Firman Allah di dalam surah al-Zumar ayat 9:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ




Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?.

Atas dasar inilah ilmu perlu dituntut dan dicari. Ia tidak datang di dalam mimpi. Membaca buku adalah satu jalan untuk mendapat ilmu...lebih-lebih lagi bab burung budgie ni.. burung ni adalah burung yang berasal dari luar negeri pula [Australia].. tak ramai yang arif tentang cara-cara memeliharanya..membiak...merawatnya jika sakit.

Oleh kerana minat terhadap budgie ni..dan ketika ini saya mempunyai berpuluh ekor budgie dan english budgie..saya belilah buku-buku ni.. Buku import mahal la sikit..tapi jika nak bandingkan dengan ilmu yang ada kat dalam buku2 tu.. tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya.

Buku2 ni saya buat panduan.. mudah2an ada jalan dan kemudahan untuk menternak budgie ni dengan baik. insya'allah..