KENARI SEED atau biji kenari...besarnya kurang lebih sebesar beras, bentuk ujung-ujungnya agak runcing. Kulitnya licin tetapi mudah dikupas. Yang berkualiti baik adalah yang tua, kering bersih dan tidak berbau dan berwarna kuning muda berkilat. Jika ia berwarna putih itu adalah biji yang masih muda dan tidak baik untuk burung.
Kebanyakkan penternak burung yang terkenal menjadikan biji kenari ni sebagai makanan tetap burung mereka s/a lovebird, english budgie, budgie, kenari dan lain-lain.. Ada yang memberikan sehingga 50% dalam diet harian. Ini yang terbaik.. Namun perkara ini sukar untuk diikuti oleh kita sebagai penternak kecil di Malaysia disebabkan beberapa faktor..Antaranya:
1. Sukar untuk mendapat bekalan biji kenari di kedai-kedai haiwan. Kebanyakan kedai haiwan tidak menjualnya kerana tiada bekalan dari pembekal.
2. Harga yang mahal... biasanya rm8-10 / kilo.. jika burung seekor @ dua je, tak pe.. Jika banyak? ..adoii
Saya hanya memberi 25% sahaja biji kenari ni kepada lovebird dan english budgie peliharaan saya. 25% lagi saya gunakan padi burung yang saiznya lebih kurang biji kenari juga.... Pilihan ni sengaja yang cuba untuk burung-burung saya agar dapat jimatkan belanja.. Disamping itu jika berlaku sesuatu kepada harga biji kenari di pasaran [sekarang ni semua harga makanan ternakan semakin hari semakin naik!] ...burung peliharaan saya tidak bermasalah dengan pemakanan lain terutama padi kerana mereka sudah biasa dengan diet itu..sekian adenya.