SEMBILAN SPESIES LOVEBIRD
| |
1. Rosy-faced Lovebird atau Peach-faced Lovebird (Agapornis roseicollis) | Peachfaced Lovebird adalah spesies LoveBird yang biasa dibela di dalam kurungan. Peachfaced senang untuk membiak dan sesuai untuk dibela bagi mereka yang baru belajar untuk ‘breed’ spesies Lovebird. Terdapat sekurang-kurangnya 17 mutasi Peachfaced yang memungkinkan kombasi ebanyak 100,000 warna. Peachfaced berasal daripada Afrika Selatan dan sekitar Angola dan Namibia. Pada persekitaran aslinya, Peachfaced bukanlah spesies yang terancam. Peachfaced adalah spesies terbesar keluarga LoveBird dengan berat di antara 50-60 gram.Kebiasaannya, Peachfaced menampilkan warna yang cantik dengan sayap dan belakang berwarna hijau gelap dan hijau cair pada bahagian dada. Muka Peachfaced berwarna merah/oren cerah.’Rump’ berwarna biru ‘tourquoise’.Terdapat 1 sub-spesies Peachfaced, “agapornis roseicollis catumbella”, yang lebih kecil dan lebih banyak warna. |
2. Yellow-collared Lovebird atau Masked Lovebird(Agapornis personatus) | Yellow-collared lovebird berasal dari utara Tanzania dan boleh dijumpai juga di Kenya dan Burundi. Spesies ini berukuran 14 cm (5.5 in) panjang. Bahagian kepala berwarna hitam yang menyerupai topeng dan leher hingga ke dada berwarna kuning serta cincin mata “eyering” berwarna putih manakala bulu ekor berwarna biru. Paruh Yellow-collared berwarna merah. |
3. Fischer’s Lovebird (Agapornis fischeri) | Fischer’s Lovebird mempunyai warna hijau pada bahagian belakang badan, dada dan sayap. Lehernya berwarna kuning keemasan dan menjadi oren gelap pada bahagian kepala. Pada bahagian atas kepala berwarna hijau zaitun dan paruhnya berwarna meah terang. Bahagian atas ekor Fischer’s Lovebirds mempunyai sedikit warna ungu atau bulu biru. Fischer’s Lovebird juga mempunyai bulatan cincin berwarna putih pada bahagian mata “eyering”. Fischer’s Lovebird muda hampir sama dengan yang dewasa kecuali ianya lebih pudar dan asas rahang bawah mempunyai tanda coklat.Fischer’s Lovebird berukuran 14 cm (5.5 in)panjang dan berat antara 43-58g. Walaupun kebanyakan Fischer’s Lovebird berwarna hijau, beberapa variasi warna telah dibiakkan. variasi biru adalah pre-dominan (kurang warna kuning, dan mempunyai warna biru terang pada belakang, ekor dan dada manakala leher berwarna putih, kepala berwarna kelabu pucat dan merah jambu pucat pada bahagian paruh). Mutasi ini mula dibiakkan oleh R. Horsham di Afrika Selatan pada tahun 1957, dan dua tahun kemudian ia dibiakkan oleh Dr. F. Warford di San Francisco, California.
Terdapat juga mutasi kuning yang muncul pertama kali di Perancis. Mutasi ini berwarna kuning pucat dengan muka berwarna oren dan paruh berwarna merah.
|
4. Lilian’s Lovebird atau Nyasa Lovebird(Agapornis lilianae) | Lilian’s Lovebird berukuran 13 cm (5 in) panjang dan berwarna hijau dengan cincin mata berwarna putih. Ia mempunyai warna oren pada kepala, leher dan atas dada. Jantan dan betina adalah sama pada penampilan luarannya.Lilian’s Lovebird seringkali disalah anggap sebagai spesis Fischer’s Lovebird dan Peach-faced Lovebird. Spesies ini berasal dari Malawi. |
5. Black-cheeked Lovebird (Agapornis nigrigenis) | Black-cheeked Lovebird berukuran 14 cm (5.5 in) panjang dan bulu badan kebanyakkannya berwarna hijau, merah keperangan pada bahagian dahi, pipi berwarna hitam keperangan, cincin mata berwarna putih dan kaki berwarna kelabu. Black-cheeked dewasa dapat dibezakan dengan Black-cheeked muda pada bahagian paruh yang mana burung mudah parunya berwarna oren.Black-cheeked Lovebird berasal dari Zambia dan mendiami kawasan hutan daun luruh “deciduous woodland” dimana bekalan air yang tetap wujud kerana ia memerlukan air pada setiap hari. Pada musim kering, spesies ini noleh berkumpul dalam kawanan yang melebihi 800 ekor burung.
Black-cheeked Lovebird disenaraikan sebagai spesies yang terdedah kepada bahaya dimana populasinya yang kecil semakin berkurangan akibat kehilangan habitat semulajadi berterusan.
|
6. Black-winged Lovebird atau Abyssinian Lovebird (Agapornis taranta) | Black-winged Lovebird dengan panjang 16–16.5cm (6.25–6.5 in) merupakan spesies terbesar dalam keluarga Lovebird. Kedua-dua jantina Black-winged Lovebird kebanyakkannya berwarna hijau dan hanya dewasa sahaja mempunyai dahi dan cincin mata berwarna merah. Ekornya berwarna hitam dan bulu di bawah ekor menunjukkan warna kekuningan. Bagi jantan, bulu pada bahagian bawah sayap berwarna hitam manakala betina berwarna kehijau atau kelabu gelap. Kedua-dua jantina juga mempunyai paruh berwarna merah dan kaki berwarna kelabu.Habitat semulajadi Black-winged Lovebird ini adalah dari selatan Eritrea hingga ke selatan Ethiopia dan biasanya tinggal di kawasan pergunungan. |
7. Red-headed Lovebird atau Red-faced Lovebird(Agapornis pullarius) | Red-headed Lovebird berukuran 15 cm (6 in) panjang. Berwarna hijau pada keseluruhan badan dengan atas leher dan muka berwarna merah. Red-headed jantan mempunyai warna merah yang lebih gelap manakal Red-headed betina mempunyai paruh berwarna merah yang lebih gelap.Spesis ini boleh dijumpai dikebanyakkan tempat di tengah benua Afrika. |
8. Grey-headed Lovebird atau Madagascar Lovebird (Agapornis canus) | Grey-headed Lovebird adalah satu-satunya spesies Lovebird yang bukan berasal daripada benua Afrika. Grey-headed berasal daripada Madagascar dan ia dalah spesies terkecil dalam keluarga Lovebird. Grey-headed berukuran 13 cm (5 in) panjang dan berat antara 30-36 gram.
Betina dewasa keseluruhan badan adalah berwarna hijau dengan belakang dan sayap berwarna hijau gelap dan “rump” berwarna hijau terang serta dada berwarna hijau pucat manakala jantan juga mempunyai warna yang serupa dengan betina kecuali pada bahagian atas dada hingga kepala keseluruhannya berwarna kelabu pucat.
|
9. Black-collared Lovebird atau Swindern’s Lovebird(Agapornis swindernianus) | Black-collared Lovebird berukuran 13.5 cm (5 in) panjang. Berwarna hijau pada keseluruhan badan, kolar berwarna coklat dan hitam pada belakang leher serta paruh berwarna hitam atau kelabu gelap.
Spesis ini berasal daripada Equotarial Afrika dan jarang dibela di dalam kurungan disebabkan ia memerlukan seed tertentu di dalam diet hariannya. Ia juga tidak dapat membiak dengan baik di dalam kurungan.
|
Blog ini dibuat untuk berkongsi pengalaman berkenaan burung budgie, lovebird, diamond dove, cockateil,walet dll.
Isnin, 19 November 2012
SEMBILAN SPESIES LOVEBIRD
Ahad, 4 November 2012
Canary Seed
KENARI SEED atau biji kenari...besarnya kurang lebih sebesar beras, bentuk ujung-ujungnya agak runcing. Kulitnya licin tetapi mudah dikupas. Yang berkualiti baik adalah yang tua, kering bersih dan tidak berbau dan berwarna kuning muda berkilat. Jika ia berwarna putih itu adalah biji yang masih muda dan tidak baik untuk burung.
Kebanyakkan penternak burung yang terkenal menjadikan biji kenari ni sebagai makanan tetap burung mereka s/a lovebird, english budgie, budgie, kenari dan lain-lain.. Ada yang memberikan sehingga 50% dalam diet harian. Ini yang terbaik.. Namun perkara ini sukar untuk diikuti oleh kita sebagai penternak kecil di Malaysia disebabkan beberapa faktor..Antaranya:
1. Sukar untuk mendapat bekalan biji kenari di kedai-kedai haiwan. Kebanyakan kedai haiwan tidak menjualnya kerana tiada bekalan dari pembekal.
2. Harga yang mahal... biasanya rm8-10 / kilo.. jika burung seekor @ dua je, tak pe.. Jika banyak? ..adoii
Saya hanya memberi 25% sahaja biji kenari ni kepada lovebird dan english budgie peliharaan saya. 25% lagi saya gunakan padi burung yang saiznya lebih kurang biji kenari juga.... Pilihan ni sengaja yang cuba untuk burung-burung saya agar dapat jimatkan belanja.. Disamping itu jika berlaku sesuatu kepada harga biji kenari di pasaran [sekarang ni semua harga makanan ternakan semakin hari semakin naik!] ...burung peliharaan saya tidak bermasalah dengan pemakanan lain terutama padi kerana mereka sudah biasa dengan diet itu..sekian adenya.
Langgan:
Catatan (Atom)