Khamis, 22 Mac 2012

Budgie Lagi

alhamdulillah reban baru dibina dapat disiapkan mengikut jadual. Kali ini saiznya lebih besar dari reban lama tu. Kat bawah pun siap disimen sekali. Jika dulu aku tak simen, sang tikus selalu korek, wat lubang, masuk curi burung aku ni.. insya'allah kali ni tak dapat lagi.


Reban baru ni mula beroperasi dengan rasminya pada hari jumaat 23/3/2012. Dihuni oleh pemain import seramai 98 ekor. hihihi... Ramai kan! Tempahan 100 ekor sebenarnya tapi mati dalam perjalanan dua ekor. Tak apalah, biasalah tu. Yang hidup, pasti mati! ..


Ramai tu bukan apa, untuk meriah sikit. Dan sememangnya Cukup meriah! riuh rendah bunyi kat tepi rumah ni... itulah budgie. Seronok betul memeliharanya. Mudah2an Allah memberi keberkatan kepada budgie ini sampai cucu cicit..


ops! sarang bertelur belum ada! .. tak sempat nak buat lagi..huhu..