Isnin, 21 Oktober 2013

Reban Baru CAG


Reban baru untuk CAG terpaksa dibuat kerana reban lama yang menggunakan material kayu telah digigit ! Tengok paruh tu...besar kan ? Reban baru ni dibuat daripada besi sepenuhnya kecuali tempat bertenggek tu je, kayu .. CAG nak gigit, gigitlah ... 

Harap pasangan CAG saya ni sukakan reban barunya. Dan membiak dengan cepat dan aman damai sampai anak cucu..
Ingat !!! Reban CAG ni tak boleh guna kayu !!!
abis digigitnya.



Rabu, 16 Oktober 2013

Nestbox Patern Terbaru Utk Finch

Ini patern terbaru nestbox untuk finch yang digunakan di reban Burung2U. Cepat siap, menarik, penuh warna warni dan murah. Rm2 je sebiji ! Murah kan ?  Sebenarnya ni nestbox ni dibuat dari bekas tisu je. Beli kat kedai RM2...hehe..

Nestbox ini boleh digunakan untuk Java Sparrow, Diamond finch, Zebra dan yang sewaktu dengannnya.

Nestbox ni telah dicuba untuk java sparrow .. dan nampaknya tak ada masalah. Java Sparrow menggunakan nestbox cantik penuh warna warni ini dengan seronok sekali. Anda pun bila mencubanya. Tentunya aviary anda akan bertabah cantik dengan pelbagai warna nestbox ini. Cuba lah !



Selasa, 8 Oktober 2013

Parrot Species Comparison Chart

We hope that this Parrot Species Comparison Chart will help you to choose a parrot that best suites your environment and desires. It is very important that you research parrot information before you buy a parrot or adopt a parrot.


Parrot SpeciesNoise LevelTalkingCuddlinessAvg.LifeAvg.Size
African GreyModerateGreatGood609 – 14”
Amazons:-----
----Blue FrontLoudGreatGood5015”
----Dbl yellow-headVocalGreatGood5014”
----Lilac-crownedLoudGoodGood5012”
----Red-loredLoudGreatGood5013”
----SpectacledLoudGoodGood5012”
----Yellow NapedLoudGreatGood5015”
Brown HeadedLowFairGood239”
BudgieLowGreat (Male)Good87 -10”
CaiqueModeratePoorGreat309.5”
Cape / Un-CapeModerateGoodGreat4013”
CockatielsModerateFair (Male)Great2013”
CockatoosLoudFairGreat8012 - 18”
Conures:-----
----Blue CrownVocalGreatGood2516”
----DuskyFairPoorGood2011”
----Half MoonLowFairGood159.5”
----JendayLoudPoorGood2112”
----SunLoudPoorGood2212”
----Gold CapFairPoorGood2311”
----NandayLoudFairGood2514”
----Green CheekedLowFairGood1510”
----Peach FrontLowFairGood1510”
----Orange FrontVocalFairGood159”
EclectusLoudGoodFair4512 – 14”
Hawk-headedModerateFairFair3012”
Jardine'sModerateFairFair3012”
Lorikeets:-----
----Black-cappedLoudFairFair2012”
----Blue StreakedLoudFairFair2011”
----ChatteringLoudFair/GoodFair2012”
----Green NapedLoudFairFair2010”
----RainbowLoudFair/GoodFair2010”
LovebirdsModeratePoorGood126”
Macaws:-----
----Blue and GoldLoudGreatFair8034”
----CatalinaLoudGreatFair8034”
----Green-wingedLoudGreatFair8034”
----HarlequinLoudGreatFair8034”
----HyacinthLoudGoodGood8039”
----MilitaryModerateGoodGood8027”
----ScarletLoudGreatFair8034”
Mini Macaws:-----
----Hahn’sModerateGoodFair4012”
----Illeger'sModerateGoodFair4516-17”
----NobleModerateGoodFair4014”
----SevereVocalGoodGood4019”
----Yellow-CollaredLoudGreatFair4017”
Meyer'sLowFairGood289”
Parakeets:-----
Alexandrine/RingneckLoudVery GoodFair2823”
----Bourke’sLowPoorGood128”
----DerbyanLoudGreatPoor1820”
----LineolatedLowgoodGood126”
----MustachedModerateFairFair1812”
----Plum HeadedModerateGoodPoor1813”
Parrotlets:-----
----Green RumpedLowFairFair205”
----PacificLowFairFair205”
----MexicanLowFairFair205”
Pionus:-----
----Blue HeadedModeratePoorFair4012”
----Bronze WingedModerateFairPoor4011”
----Dusky HeadedModeratePoorPoor4010”
----MaximilianModeratePoorFair4012”
----White CappedModerateFairPoor409”
QuakerModerateGoodFair3013”
Red-BelliedLowGoodGood239”
SenegalLowGoodGood239”

Ahad, 3 Mac 2013

Penghuni Baru

beberapa pair parrot telah menghuni reban ini. Semoga membiak dengan baik..

                                               Sun Conure - Pasangan 1

                                                African Grey
Sun Conure - pasangan ke 2

Isnin, 19 November 2012

SEMBILAN SPESIES LOVEBIRD

SEMBILAN SPESIES LOVEBIRD
 1. Rosy-faced Lovebird atau Peach-faced Lovebird (Agapornis roseicollis)
Peach-faced Lovebird
 Peachfaced Lovebird adalah spesies LoveBird yang biasa dibela di dalam kurungan. Peachfaced senang untuk membiak dan sesuai untuk dibela bagi mereka yang baru belajar untuk ‘breed’ spesies Lovebird. Terdapat sekurang-kurangnya 17 mutasi Peachfaced yang memungkinkan kombasi ebanyak 100,000 warna. Peachfaced berasal daripada Afrika Selatan dan sekitar Angola dan Namibia. Pada persekitaran aslinya, Peachfaced bukanlah spesies yang terancam. Peachfaced adalah spesies terbesar keluarga LoveBird dengan berat di antara 50-60 gram.Kebiasaannya, Peachfaced menampilkan warna yang cantik dengan sayap dan belakang berwarna hijau gelap dan hijau cair pada bahagian dada. Muka Peachfaced berwarna merah/oren cerah.’Rump’ berwarna biru ‘tourquoise’.Terdapat 1 sub-spesies Peachfaced, “agapornis roseicollis catumbella”, yang lebih kecil dan lebih banyak warna.
 2. Yellow-collared Lovebird atau Masked Lovebird(Agapornis personatus)
Yellow-collared Lovebird
 Yellow-collared lovebird berasal dari utara Tanzania dan boleh dijumpai juga di Kenya dan Burundi. Spesies ini berukuran 14 cm (5.5 in) panjang. Bahagian kepala berwarna hitam yang menyerupai topeng dan leher hingga ke dada berwarna kuning serta cincin mata “eyering” berwarna putih manakala bulu ekor berwarna biru. Paruh Yellow-collared berwarna merah.
 3. Fischer’s Lovebird (Agapornis fischeri)
Fischer's Lovebird
 Fischer’s Lovebird mempunyai warna hijau pada bahagian belakang badan, dada dan sayap. Lehernya berwarna kuning keemasan dan menjadi oren gelap pada bahagian kepala. Pada bahagian atas kepala berwarna hijau zaitun dan paruhnya berwarna meah terang. Bahagian atas ekor Fischer’s Lovebirds mempunyai sedikit warna ungu atau bulu biru. Fischer’s Lovebird juga mempunyai bulatan cincin berwarna putih pada bahagian mata “eyering”. Fischer’s Lovebird muda hampir sama dengan yang dewasa kecuali ianya lebih pudar dan asas rahang bawah mempunyai tanda coklat.Fischer’s Lovebird berukuran 14 cm (5.5 in)panjang dan berat antara 43-58g. Walaupun kebanyakan Fischer’s Lovebird berwarna hijau, beberapa variasi warna telah dibiakkan. variasi biru adalah pre-dominan (kurang warna kuning, dan mempunyai warna biru terang pada belakang, ekor dan dada manakala leher berwarna putih, kepala berwarna kelabu pucat dan merah jambu pucat pada bahagian paruh). Mutasi ini mula dibiakkan oleh R. Horsham di Afrika Selatan pada tahun 1957, dan dua tahun kemudian ia dibiakkan oleh Dr. F. Warford di San Francisco, California.
Terdapat juga mutasi kuning yang muncul pertama kali di Perancis. Mutasi ini berwarna kuning pucat dengan muka berwarna oren dan paruh berwarna merah.
 4. Lilian’s Lovebird atau Nyasa Lovebird(Agapornis lilianae)
Lilian's Lovebird
 Lilian’s Lovebird berukuran 13 cm (5 in) panjang dan berwarna hijau dengan cincin mata berwarna putih. Ia mempunyai warna oren pada kepala, leher dan atas dada. Jantan dan betina adalah sama pada penampilan luarannya.Lilian’s Lovebird seringkali disalah anggap sebagai spesis Fischer’s Lovebird dan Peach-faced Lovebird. Spesies ini berasal dari Malawi.
 5. Black-cheeked Lovebird (Agapornis nigrigenis)
Black-cheeked Lovebird
 Black-cheeked Lovebird berukuran 14 cm (5.5 in) panjang dan bulu badan kebanyakkannya berwarna hijau, merah keperangan pada bahagian dahi, pipi berwarna hitam keperangan, cincin mata berwarna putih dan kaki berwarna kelabu. Black-cheeked dewasa dapat dibezakan dengan Black-cheeked muda pada bahagian paruh yang mana burung mudah parunya berwarna oren.Black-cheeked Lovebird berasal dari Zambia dan mendiami kawasan hutan daun luruh “deciduous woodland” dimana bekalan air yang tetap wujud kerana ia memerlukan air pada setiap hari. Pada musim kering, spesies ini noleh berkumpul dalam kawanan yang melebihi 800 ekor burung.
Black-cheeked Lovebird disenaraikan sebagai spesies yang terdedah kepada bahaya dimana populasinya yang kecil semakin berkurangan akibat kehilangan habitat semulajadi berterusan.
 6. Black-winged Lovebird atau Abyssinian Lovebird (Agapornis taranta)
Black-winged Lovebird
 Black-winged Lovebird dengan panjang 16–16.5cm (6.25–6.5 in) merupakan spesies terbesar dalam keluarga Lovebird. Kedua-dua jantina Black-winged Lovebird kebanyakkannya berwarna hijau dan hanya dewasa sahaja mempunyai dahi dan cincin mata berwarna merah. Ekornya berwarna hitam dan bulu di bawah ekor menunjukkan warna kekuningan. Bagi jantan, bulu pada bahagian bawah sayap berwarna hitam manakala betina berwarna kehijau atau kelabu gelap. Kedua-dua jantina juga mempunyai paruh berwarna merah dan kaki berwarna kelabu.Habitat semulajadi Black-winged Lovebird ini adalah dari selatan Eritrea hingga ke selatan Ethiopia dan biasanya tinggal di kawasan pergunungan.
 7. Red-headed Lovebird atau Red-faced Lovebird(Agapornis pullarius)
Red-headed Lovebird
 Red-headed Lovebird berukuran 15 cm (6 in) panjang. Berwarna hijau pada keseluruhan badan dengan atas leher dan muka berwarna merah. Red-headed jantan mempunyai warna merah yang lebih gelap manakal Red-headed betina mempunyai paruh berwarna merah yang lebih gelap.Spesis ini boleh dijumpai dikebanyakkan tempat di tengah benua Afrika.
 8. Grey-headed Lovebird atau Madagascar Lovebird (Agapornis canus)
Grey-headed Lovebird
 Grey-headed Lovebird adalah satu-satunya spesies Lovebird yang bukan berasal daripada benua Afrika. Grey-headed berasal daripada Madagascar dan ia dalah spesies terkecil dalam keluarga Lovebird. Grey-headed berukuran 13 cm (5 in) panjang dan berat antara 30-36 gram.
Betina dewasa keseluruhan badan adalah berwarna hijau dengan belakang dan sayap berwarna hijau gelap dan “rump” berwarna hijau terang serta dada berwarna hijau pucat manakala jantan juga mempunyai warna yang serupa dengan betina kecuali pada bahagian atas dada hingga kepala keseluruhannya berwarna kelabu pucat.
 9. Black-collared Lovebird atau Swindern’s Lovebird(Agapornis swindernianus)
Black-collared Lovebird
 Black-collared Lovebird berukuran 13.5 cm (5 in) panjang. Berwarna hijau pada keseluruhan badan, kolar berwarna coklat dan hitam pada belakang leher serta paruh berwarna hitam atau kelabu gelap.
Spesis ini berasal daripada Equotarial Afrika dan jarang dibela di dalam kurungan disebabkan ia memerlukan seed tertentu di dalam diet hariannya. Ia juga tidak dapat membiak dengan baik di dalam kurungan.
copy dari laman http://southernbirds.wordpress.com/page/2/

Ahad, 4 November 2012

Canary Seed


KENARI SEED atau biji kenari...besarnya kurang lebih sebesar beras, bentuk ujung-ujungnya agak runcing. Kulitnya licin tetapi mudah dikupas. Yang berkualiti baik adalah yang tua, kering bersih dan tidak berbau dan berwarna kuning muda berkilat. Jika ia berwarna putih itu adalah biji yang masih muda dan tidak baik untuk burung. 


Kandungannya adalah : 14,4% protein, 6,4% lemak dan 55,3% hidrat. Kandungan protein dan lemak yg tinggi di dalam biji kenari ini menyebabkan ianya sangat bagus untuk dijadikan diet tetap burung anda...Pemberian biji kenari yang banyak boleh menambahkan berat badan burung peliharaan anda. Ia sangat mudah dicerna oleh perut burung, dapat menyegarkan tubuh dan menambah tenaga burung yg lemah. Selain daripada itu ianya juga dapat memperbaiki suara (terutama untuk burung yg bersuara serak dan malas). 

Kebanyakkan penternak burung yang terkenal menjadikan biji kenari ni sebagai makanan tetap burung mereka s/a lovebird, english budgie, budgie, kenari dan lain-lain.. Ada yang memberikan sehingga 50% dalam diet harian. Ini yang terbaik.. Namun perkara ini sukar untuk diikuti oleh kita sebagai penternak kecil di Malaysia disebabkan beberapa faktor..Antaranya:

1. Sukar untuk mendapat bekalan biji kenari di kedai-kedai haiwan. Kebanyakan kedai haiwan tidak menjualnya kerana tiada bekalan dari pembekal.
2. Harga yang mahal... biasanya rm8-10 / kilo.. jika burung seekor @ dua je, tak pe.. Jika banyak? ..adoii

Saya hanya memberi 25% sahaja biji kenari ni kepada lovebird dan english budgie peliharaan saya. 25% lagi saya gunakan padi burung yang saiznya lebih kurang biji kenari juga.... Pilihan ni sengaja yang cuba untuk burung-burung saya agar dapat jimatkan belanja.. Disamping itu jika berlaku sesuatu kepada harga biji kenari di pasaran [sekarang ni semua harga makanan ternakan semakin hari semakin naik!] ...burung peliharaan saya tidak bermasalah dengan pemakanan lain terutama padi kerana mereka sudah biasa dengan diet itu..sekian adenya.


Selasa, 30 Oktober 2012

Beli buku budgie


Menuntut ilmu itu sangat mustahak.. Nak buat apa-apa perkara, eloklah belajar dulu.. Tak sama jika kita berbuat sesuatu tanpa ilmu dengan kita buat dengan ilmu.. sahih.. Allah telah sebut di dalam al-Qur'an tentang ini.

Firman Allah di dalam surah al-Zumar ayat 9:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ




Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?.

Atas dasar inilah ilmu perlu dituntut dan dicari. Ia tidak datang di dalam mimpi. Membaca buku adalah satu jalan untuk mendapat ilmu...lebih-lebih lagi bab burung budgie ni.. burung ni adalah burung yang berasal dari luar negeri pula [Australia].. tak ramai yang arif tentang cara-cara memeliharanya..membiak...merawatnya jika sakit.

Oleh kerana minat terhadap budgie ni..dan ketika ini saya mempunyai berpuluh ekor budgie dan english budgie..saya belilah buku-buku ni.. Buku import mahal la sikit..tapi jika nak bandingkan dengan ilmu yang ada kat dalam buku2 tu.. tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya.

Buku2 ni saya buat panduan.. mudah2an ada jalan dan kemudahan untuk menternak budgie ni dengan baik. insya'allah..



Ahad, 7 Oktober 2012

Hygro tonic block untuk budgie & EB


Setiap reban budgie dan english budgie ... saya letakkan hygro tonic block ni ...
Hygro tonic block menyediakan nutrisi tambahan yang diperlukan untuk burung saya. Ia memberikan kalsium kepada burung untuk membina tulang yang kuat. Guna tonic block ni burung jadi sihat, cergas dan aktif. Harga pun tak mahal rm1 je satu.... oleh kerana burung saya ramai terpaksalah saya beli banyak..satu kotak beb! hehe...satu kotak dapat 48.

Nampaknya semua burung budgie saya sukakannya..
hygro tonic block ni made in denmark.. tulis kat kulit dia lah..entah betul atau tidak, saya x tau la..hehe
Yang mustahak ianya bermanfaat untuk budgie saya..sekian adanye!

Sabtu, 22 September 2012

Selasa, 11 September 2012

Petua untuk elak kaki anak burung jadi tempang

Ramai peminat burung sangat gembira apabila melihat burung kesayangan mereka telah bertelur ... saban hari, tengok burung tu dah mengeram ke belum..jika dah mengeram,,tgk lagi..dah menetas ke belum ..tak sabar menunggu..

Namun kadangkala berlaku kekecewaaan apabila menetas je anak 2 burung tu..tengok-tengok anok tu, cacat, terutama di bahagian kaki. Perkara seumpama ini, byk berlaku kpd anak-anak burung budgie, lovebird dan seumpamanya..

Di sini suka saya kongsi pengalaman saya di bidang ini ..untuk elak kejadian ini berlaku, elok kita guna papan lantai nestbox tu dari jenis kayu meranti yg selalu digunakan dalam reban burung walit..Kayu ni berlurah kecil2 ..Jadi lurah ni dpt cegah kaki anak-anak burung tu jadi tempang atau cacat.

kayu meranti merah ...cuba tgk lurah halus tu..

Selasa, 31 Julai 2012

aku punye tak banyak la!

Induk Budgie 

Reban Budgie

Budgie

Diamond Dove

Diamond Dove

Merpati Giant Runt

Terkukur Jawa

Merpati Modena

Java Sparrow

Terkukur