Rabu, 16 Oktober 2013

Nestbox Patern Terbaru Utk Finch

Ini patern terbaru nestbox untuk finch yang digunakan di reban Burung2U. Cepat siap, menarik, penuh warna warni dan murah. Rm2 je sebiji ! Murah kan ?  Sebenarnya ni nestbox ni dibuat dari bekas tisu je. Beli kat kedai RM2...hehe..

Nestbox ini boleh digunakan untuk Java Sparrow, Diamond finch, Zebra dan yang sewaktu dengannnya.

Nestbox ni telah dicuba untuk java sparrow .. dan nampaknya tak ada masalah. Java Sparrow menggunakan nestbox cantik penuh warna warni ini dengan seronok sekali. Anda pun bila mencubanya. Tentunya aviary anda akan bertabah cantik dengan pelbagai warna nestbox ini. Cuba lah !