SEMBILAN SPESIES LOVEBIRD
| |
1. Rosy-faced Lovebird atau Peach-faced Lovebird (Agapornis roseicollis) | Peachfaced Lovebird adalah spesies LoveBird yang biasa dibela di dalam kurungan. Peachfaced senang untuk membiak dan sesuai untuk dibela bagi mereka yang baru belajar untuk ‘breed’ spesies Lovebird. Terdapat sekurang-kurangnya 17 mutasi Peachfaced yang memungkinkan kombasi ebanyak 100,000 warna. Peachfaced berasal daripada Afrika Selatan dan sekitar Angola dan Namibia. Pada persekitaran aslinya, Peachfaced bukanlah spesies yang terancam. Peachfaced adalah spesies terbesar keluarga LoveBird dengan berat di antara 50-60 gram.Kebiasaannya, Peachfaced menampilkan warna yang cantik dengan sayap dan belakang berwarna hijau gelap dan hijau cair pada bahagian dada. Muka Peachfaced berwarna merah/oren cerah.’Rump’ berwarna biru ‘tourquoise’.Terdapat 1 sub-spesies Peachfaced, “agapornis roseicollis catumbella”, yang lebih kecil dan lebih banyak warna. |
2. Yellow-collared Lovebird atau Masked Lovebird(Agapornis personatus) | Yellow-collared lovebird berasal dari utara Tanzania dan boleh dijumpai juga di Kenya dan Burundi. Spesies ini berukuran 14 cm (5.5 in) panjang. Bahagian kepala berwarna hitam yang menyerupai topeng dan leher hingga ke dada berwarna kuning serta cincin mata “eyering” berwarna putih manakala bulu ekor berwarna biru. Paruh Yellow-collared berwarna merah. |
3. Fischer’s Lovebird (Agapornis fischeri) | Fischer’s Lovebird mempunyai warna hijau pada bahagian belakang badan, dada dan sayap. Lehernya berwarna kuning keemasan dan menjadi oren gelap pada bahagian kepala. Pada bahagian atas kepala berwarna hijau zaitun dan paruhnya berwarna meah terang. Bahagian atas ekor Fischer’s Lovebirds mempunyai sedikit warna ungu atau bulu biru. Fischer’s Lovebird juga mempunyai bulatan cincin berwarna putih pada bahagian mata “eyering”. Fischer’s Lovebird muda hampir sama dengan yang dewasa kecuali ianya lebih pudar dan asas rahang bawah mempunyai tanda coklat.Fischer’s Lovebird berukuran 14 cm (5.5 in)panjang dan berat antara 43-58g. Walaupun kebanyakan Fischer’s Lovebird berwarna hijau, beberapa variasi warna telah dibiakkan. variasi biru adalah pre-dominan (kurang warna kuning, dan mempunyai warna biru terang pada belakang, ekor dan dada manakala leher berwarna putih, kepala berwarna kelabu pucat dan merah jambu pucat pada bahagian paruh). Mutasi ini mula dibiakkan oleh R. Horsham di Afrika Selatan pada tahun 1957, dan dua tahun kemudian ia dibiakkan oleh Dr. F. Warford di San Francisco, California.
Terdapat juga mutasi kuning yang muncul pertama kali di Perancis. Mutasi ini berwarna kuning pucat dengan muka berwarna oren dan paruh berwarna merah.
|
4. Lilian’s Lovebird atau Nyasa Lovebird(Agapornis lilianae) | Lilian’s Lovebird berukuran 13 cm (5 in) panjang dan berwarna hijau dengan cincin mata berwarna putih. Ia mempunyai warna oren pada kepala, leher dan atas dada. Jantan dan betina adalah sama pada penampilan luarannya.Lilian’s Lovebird seringkali disalah anggap sebagai spesis Fischer’s Lovebird dan Peach-faced Lovebird. Spesies ini berasal dari Malawi. |
5. Black-cheeked Lovebird (Agapornis nigrigenis) | Black-cheeked Lovebird berukuran 14 cm (5.5 in) panjang dan bulu badan kebanyakkannya berwarna hijau, merah keperangan pada bahagian dahi, pipi berwarna hitam keperangan, cincin mata berwarna putih dan kaki berwarna kelabu. Black-cheeked dewasa dapat dibezakan dengan Black-cheeked muda pada bahagian paruh yang mana burung mudah parunya berwarna oren.Black-cheeked Lovebird berasal dari Zambia dan mendiami kawasan hutan daun luruh “deciduous woodland” dimana bekalan air yang tetap wujud kerana ia memerlukan air pada setiap hari. Pada musim kering, spesies ini noleh berkumpul dalam kawanan yang melebihi 800 ekor burung.
Black-cheeked Lovebird disenaraikan sebagai spesies yang terdedah kepada bahaya dimana populasinya yang kecil semakin berkurangan akibat kehilangan habitat semulajadi berterusan.
|
6. Black-winged Lovebird atau Abyssinian Lovebird (Agapornis taranta) | Black-winged Lovebird dengan panjang 16–16.5cm (6.25–6.5 in) merupakan spesies terbesar dalam keluarga Lovebird. Kedua-dua jantina Black-winged Lovebird kebanyakkannya berwarna hijau dan hanya dewasa sahaja mempunyai dahi dan cincin mata berwarna merah. Ekornya berwarna hitam dan bulu di bawah ekor menunjukkan warna kekuningan. Bagi jantan, bulu pada bahagian bawah sayap berwarna hitam manakala betina berwarna kehijau atau kelabu gelap. Kedua-dua jantina juga mempunyai paruh berwarna merah dan kaki berwarna kelabu.Habitat semulajadi Black-winged Lovebird ini adalah dari selatan Eritrea hingga ke selatan Ethiopia dan biasanya tinggal di kawasan pergunungan. |
7. Red-headed Lovebird atau Red-faced Lovebird(Agapornis pullarius) | Red-headed Lovebird berukuran 15 cm (6 in) panjang. Berwarna hijau pada keseluruhan badan dengan atas leher dan muka berwarna merah. Red-headed jantan mempunyai warna merah yang lebih gelap manakal Red-headed betina mempunyai paruh berwarna merah yang lebih gelap.Spesis ini boleh dijumpai dikebanyakkan tempat di tengah benua Afrika. |
8. Grey-headed Lovebird atau Madagascar Lovebird (Agapornis canus) | Grey-headed Lovebird adalah satu-satunya spesies Lovebird yang bukan berasal daripada benua Afrika. Grey-headed berasal daripada Madagascar dan ia dalah spesies terkecil dalam keluarga Lovebird. Grey-headed berukuran 13 cm (5 in) panjang dan berat antara 30-36 gram.
Betina dewasa keseluruhan badan adalah berwarna hijau dengan belakang dan sayap berwarna hijau gelap dan “rump” berwarna hijau terang serta dada berwarna hijau pucat manakala jantan juga mempunyai warna yang serupa dengan betina kecuali pada bahagian atas dada hingga kepala keseluruhannya berwarna kelabu pucat.
|
9. Black-collared Lovebird atau Swindern’s Lovebird(Agapornis swindernianus) | Black-collared Lovebird berukuran 13.5 cm (5 in) panjang. Berwarna hijau pada keseluruhan badan, kolar berwarna coklat dan hitam pada belakang leher serta paruh berwarna hitam atau kelabu gelap.
Spesis ini berasal daripada Equotarial Afrika dan jarang dibela di dalam kurungan disebabkan ia memerlukan seed tertentu di dalam diet hariannya. Ia juga tidak dapat membiak dengan baik di dalam kurungan.
|
Blog ini dibuat untuk berkongsi pengalaman berkenaan burung budgie, lovebird, diamond dove, cockateil,walet dll.
Isnin, 19 November 2012
SEMBILAN SPESIES LOVEBIRD
Ahad, 4 November 2012
Canary Seed
KENARI SEED atau biji kenari...besarnya kurang lebih sebesar beras, bentuk ujung-ujungnya agak runcing. Kulitnya licin tetapi mudah dikupas. Yang berkualiti baik adalah yang tua, kering bersih dan tidak berbau dan berwarna kuning muda berkilat. Jika ia berwarna putih itu adalah biji yang masih muda dan tidak baik untuk burung.
Kebanyakkan penternak burung yang terkenal menjadikan biji kenari ni sebagai makanan tetap burung mereka s/a lovebird, english budgie, budgie, kenari dan lain-lain.. Ada yang memberikan sehingga 50% dalam diet harian. Ini yang terbaik.. Namun perkara ini sukar untuk diikuti oleh kita sebagai penternak kecil di Malaysia disebabkan beberapa faktor..Antaranya:
1. Sukar untuk mendapat bekalan biji kenari di kedai-kedai haiwan. Kebanyakan kedai haiwan tidak menjualnya kerana tiada bekalan dari pembekal.
2. Harga yang mahal... biasanya rm8-10 / kilo.. jika burung seekor @ dua je, tak pe.. Jika banyak? ..adoii
Saya hanya memberi 25% sahaja biji kenari ni kepada lovebird dan english budgie peliharaan saya. 25% lagi saya gunakan padi burung yang saiznya lebih kurang biji kenari juga.... Pilihan ni sengaja yang cuba untuk burung-burung saya agar dapat jimatkan belanja.. Disamping itu jika berlaku sesuatu kepada harga biji kenari di pasaran [sekarang ni semua harga makanan ternakan semakin hari semakin naik!] ...burung peliharaan saya tidak bermasalah dengan pemakanan lain terutama padi kerana mereka sudah biasa dengan diet itu..sekian adenya.
Selasa, 30 Oktober 2012
Beli buku budgie
Menuntut ilmu itu sangat mustahak.. Nak buat apa-apa perkara, eloklah belajar dulu.. Tak sama jika kita berbuat sesuatu tanpa ilmu dengan kita buat dengan ilmu.. sahih.. Allah telah sebut di dalam al-Qur'an tentang ini.
Firman Allah di dalam surah al-Zumar ayat 9:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ
Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?.
Atas dasar inilah ilmu perlu dituntut dan dicari. Ia tidak datang di dalam mimpi. Membaca buku adalah satu jalan untuk mendapat ilmu...lebih-lebih lagi bab burung budgie ni.. burung ni adalah burung yang berasal dari luar negeri pula [Australia].. tak ramai yang arif tentang cara-cara memeliharanya..membiak...merawatnya jika sakit.
Oleh kerana minat terhadap budgie ni..dan ketika ini saya mempunyai berpuluh ekor budgie dan english budgie..saya belilah buku-buku ni.. Buku import mahal la sikit..tapi jika nak bandingkan dengan ilmu yang ada kat dalam buku2 tu.. tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya.
Buku2 ni saya buat panduan.. mudah2an ada jalan dan kemudahan untuk menternak budgie ni dengan baik. insya'allah..
Ahad, 7 Oktober 2012
Hygro tonic block untuk budgie & EB
Setiap reban budgie dan english budgie ... saya letakkan hygro tonic block ni ...
Hygro tonic block menyediakan nutrisi tambahan yang diperlukan untuk burung saya. Ia memberikan kalsium kepada burung untuk membina tulang yang kuat. Guna tonic block ni burung jadi sihat, cergas dan aktif. Harga pun tak mahal rm1 je satu.... oleh kerana burung saya ramai terpaksalah saya beli banyak..satu kotak beb! hehe...satu kotak dapat 48.
Nampaknya semua burung budgie saya sukakannya..
hygro tonic block ni made in denmark.. tulis kat kulit dia lah..entah betul atau tidak, saya x tau la..hehe
Yang mustahak ianya bermanfaat untuk budgie saya..sekian adanye!
Sabtu, 22 September 2012
Selasa, 11 September 2012
Petua untuk elak kaki anak burung jadi tempang
Ramai peminat burung sangat gembira apabila melihat burung kesayangan mereka telah bertelur ... saban hari, tengok burung tu dah mengeram ke belum..jika dah mengeram,,tgk lagi..dah menetas ke belum ..tak sabar menunggu..
Namun kadangkala berlaku kekecewaaan apabila menetas je anak 2 burung tu..tengok-tengok anok tu, cacat, terutama di bahagian kaki. Perkara seumpama ini, byk berlaku kpd anak-anak burung budgie, lovebird dan seumpamanya..
Di sini suka saya kongsi pengalaman saya di bidang ini ..untuk elak kejadian ini berlaku, elok kita guna papan lantai nestbox tu dari jenis kayu meranti yg selalu digunakan dalam reban burung walit..Kayu ni berlurah kecil2 ..Jadi lurah ni dpt cegah kaki anak-anak burung tu jadi tempang atau cacat.
Namun kadangkala berlaku kekecewaaan apabila menetas je anak 2 burung tu..tengok-tengok anok tu, cacat, terutama di bahagian kaki. Perkara seumpama ini, byk berlaku kpd anak-anak burung budgie, lovebird dan seumpamanya..
Di sini suka saya kongsi pengalaman saya di bidang ini ..untuk elak kejadian ini berlaku, elok kita guna papan lantai nestbox tu dari jenis kayu meranti yg selalu digunakan dalam reban burung walit..Kayu ni berlurah kecil2 ..Jadi lurah ni dpt cegah kaki anak-anak burung tu jadi tempang atau cacat.
kayu meranti merah ...cuba tgk lurah halus tu..
Selasa, 31 Julai 2012
aku punye tak banyak la!
Induk Budgie
Reban Budgie
Budgie
Diamond Dove
Diamond Dove
Merpati Giant Runt
Terkukur Jawa
Merpati Modena
Java Sparrow
Terkukur
Isnin, 16 Julai 2012
Baka-baka Merpati
Racing Homer – dikenali juga sebagai “merpati pos”. Burung ini popular di Belgium, Jepun dan Indonesia, German Beauty Homer yang dikembangkan di Jerman sejak 1907 sebagai burung pameran. Burung ini mirip dengan Racing Homer tetapi lebih ramping. Giant Homer berasal dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan burung yang berbadan besar dan memiliki kemampuan menghasilkan anak yang banyak.Tumbler berasal dari Belanda dikenali sebagai Tuimelaar. Burung ini punya keistimewaan terbang dari ketinggian tertentu akan turun ke ketinggian tertentu dengan melakukan pergerakan salto atau naik balik di udara semula. Burung ini merupakan burung olahraga tetapi kemudian menjadi burung untuk pameran.
English Shortfaced Tumbler: merupakan burung yang kecil, padat, dengan leher jenjang tetapi dengan dada yang tegap. Dalam keadaan berdiri biasa, ujung sayapnya akan menggantung lebih rendah dari kedudukan ekor – ini merupakan ciri yang menonjol. Selain itu bahagian muka dari kepalanya menonjol agak jauh ke depan daripada paruhnya yang pendek.
Birmingham Roller: dikembangkan di Birmingham (Inggeris) sebagai burung yang memiliki keistimewaan terbang. Kemampuannya untuk pusing balik dan berputar-putar di udara menjadi sasaran utama pemeliharanya. Burung ini mampu untuk naik balik (trumble), termasuk salto ke belakang dan berputar-putar (spin) dengan kecepatan tinggi sekali. Flying Tipller: merupakan burung yang dieambangkan dari Flying Tumbler. Burung ini dipelihara karana kemampuannya terbang yang lama. Jenis yang baik akan mampu terbang terus-menerus selama 20 jam.
Parlour Tumbler: juga disebut Ground Tumbler atau House Tumbler. Burung ini diternakkan kerana kemampuannya lombat ke udara, melakukan salto sekali atau dua kali ke belakang, dan kedua kakinya hinggap kembali ke tempat semula.
Cumulet: Burung ini merupakan jenis tumbler dari Perancis yang mampu terbang tinggi dan juga merupakan salah satu keturunan dari jenis Racing Homer. Burung ini berbadan sedang tetapi serasi, dengan dada bidang, sayapanya panjang dan kukuh, kaki agak pendek. Umumnya warna bulu putih, dan ada yang memiliki bintik-bintik merah di kepala atau leher.
Flight: Burung ini dikembangkan di Amerika . Dari kelompok ini ditemukan burung yang dikenal dengan nama Domestic Flight. Burung ini mampu terbang tinggi, dengan ukuran badan sedang, paruh nampak memanjang dan kepala ramping berjambul. Matanya putih dengan lingkaran tengah dari mata (selaput mata). Dan inilah letak rahsia kemampuannya melihat jauh saat merpati terbang tinggi.
Show Flight. Burung ini mempunyai badan yang lebih gemuk dan kepala lebih besar daripada jenis Domestic Flight. Burung ini diternakkan karana kemampuannya terbang tinggi dan memiliki keindahan yang dapat dijadikan merpati untuk dipamerkan. Kedua macam burung ini diternakkan dengan warna hitam, kuning, merah dan abu-abu cokelat.
Carrier: sering disebut English Carrier, berasal dari Bazora Persia. Awalnya adalah burung pembawa berita, Selain itu Merpati dari jenis Racing Homer. Carneau: Burung dari Belgium Selatan atau Perancis Utara, berat 750 gram dan bisa mencapi 1 kg.
Strasser: Dikembankan di Austria Strasser .
Mondaine: Keturunan merpati Perancis dan Itali. Fantail : Berasal dari India dan China. Ekornya seperti kipas. Setengah tempat dipanggil merpati Merak atau merpati ekor kembang. Ada yang ekornya mempunyai pelepah dua lapis dan tiga lapis sepertimana Amerika Fantail dan sebagainya.
Jacobin: Diberi nama seperti itu karana bulu-bulu yang berada di lehernya seperti topi yang dipakai pendeta-pendeta Jacobins. Burung diternakkan dengan warna putih, jitam, biru, perak, merah dan kuning.
Frillback: Burung yang istimewa tetapi kurang popular. Di anggap unik kerana bulunya berombak-ombak.
Cropper: Lebih kurang Pouter. Keduanya menjadi keluarga besar. Salah satu cropper yang terkenal adalah
English Cropper. Tembolok besar, berdirinya tegak, badan dan piggang langsing dengan kaki panjang. Termasuk merpati yang tinggi karena bisa setinggi 50 cm dari kepala sampai kaki. Pada tembolok merpati ini ada gambar bulan sabit dengan kedua hujung bertemu di dekat kedua matanya..
Pouter yang mudah dijinakkan dan menyenangkan. Jenis lainnya adalah Holle Cropper yang berbentuk seperti merpati kipas, kepadanya bergoyang dam nampak menarik.
Modena: Diambil dari nama kota tempat dia berasal. Terkenal sebagai merpati ternak yang baik. Yang terkenal dari jenis ini adalah Gazzi Modena dengan badan putih serta kepala, sayap dan ekor berwarna-warni. Termasuk merpati kecil dengan ukuran panjang 25 cm, tetapi gemuk dan bulat dan bergaya anggun.
Florentine: Berasal dari Florence, Italia. Berbentuk seperti ayam betina. Terkenal di Eropah sebagai burung pameran, tetapi boleh mencapai berat 500-800 gram). Kepala, sayap dan ekor berwarna-warni dengan badan putih.
Lahore: berasal dari Pakistan dan sekitarnya dikenal dengan nama Shiraz (kota tempat burung berasal). Leher, perut, dada dan ekor berwarna putih. Kepala, pinggang dan sayap berwarna lain. Kaki mempunyai bulu .Satinette yang berasal dari Turki mempunyai badan berwarna putih dengan garis-garis pada bahu, sayap, dan ekor warna hitam, biru dan cokelat. Bahagian sayap untuk terbang berwarna putih. merpati ini punya bulu balik di kawasan dada.
Owl berparuh pendek sepertimana burung hantu. Ada berbagai jenis dari merpati ini.
Giant Show Runt jenis ini juga besar tetapi ekor dan sayapnya lebih panjang. Burung ini sudah untuk dibiakkan.
Mookee berasal dari India, selepas itu dubawa ke US dikacuk sehingga mengeluarkan warna yang menarik. Burung yang menarik kerana kepalanya bergoyang dan bergetar seperti Holle Cropper. Badannya lebih kemas. Disetengah tempat ianya dipanggil Pak Aji kerana kepadanya bergoyang seperti orang sedang meratib.
Winston burung yang cantik mempunyai jambul di bahagian muka seperti pusaran yang berada pada sekor kuda. Sebab itulah di sesetengah tempat ianya dikenali sebagai merpati kuda. Burung ini susah untuk dibiakkan.
Sebenarnya banyak lagi species baka-baka merpati yg ada..tak larat dh nak masukkan
Langgan:
Catatan (Atom)