Selasa, 15 September 2009

kriteria burung yg perlu dilihat apabila anda hendak membelinya

Selepas anda telah kenalpasti burung mana yang anda nak bela so kena pergi belila samada kat kedai haiwan peliharaan @ melalui breeder dan dealer yang sah.. Ini penting sebab kalau kita beli dari punca yang sah maka takkan timbul masalah dari segi lesen dan status kesihatan burung2 tersebut.. Kebanyakan burung yang diimport @ diseludup samada dari Thailand @ Indonesia mempunyai kualiti kesihatan yang kurang memeuaskan.. Perlu tengok kriteria seperti berikut;

1. Mata yang bersinar bercahaya...

2. Bulu yang berkilat bersinar, tiada kecacatan bulu seperti cabik,koyak @ tanda2 kekotoran lain.. Kotor di sini bermakna burung itu kurang sihat kerana burung yang sihat akan sentiasa membersihkan bulunya dari segala kekotoran..

3. Lubang hidung (nostrils) di kedua2 bahagian mesti sama saiz dan tiada sebarang discaj yang keluar.. Kalau ada discaj mungkin burung tu mengalami flu dan lain2 penyakit respiratori.. Saiz lubang hidung mesti sama sebab kalau terlalu besar @ besar sebelah menunjukkan yang burung tersebut mengalami masalah kekurangan Vit. A di masa lepas.. Dia akan jadi kecacatan kekal..

4. Periksa jari2 dan kuku kaki.. Sebab parrots cenderung bergaduh sesama kawanannya.. Kalau ada kecacatan pada bahagian jari dan kuku kaki akan mengurangkan harga burung tersebut.. Kalau nak beli jugak mintak tawar pada penjual.. Kuku kalau patah @ tercabut lambat @ memang takkan tumbuh balik..

5. Periksa najisnya.. Kalau burung yang sihat najisnya akan solid dan ada warna hijau beserta sedikit warna putih.. Kalau cair sangat dan warna selain hijau tu hati2.. Mungkin mengalami penyakit @ mungkin menunjukkan diet pemakanan yang tak sempurna..

6. Periksa paruh atas dan bawah.. Pastikan dia berkilat dan licin serta tiada keretakan atau abnormaliti pada kedua2 bahagian tersebut.. Sebab paruh yang kurang elok @ abnormal (terlalu panjang/pendek) menunjukkan diet burung tu tak kena dan kurang zat yang diperlukan.. Paling ditakuti penyakit PBFD (Pcittacines Beak & Feather Disease) yang mana tiada ubat lagi sampai sekarang kerana ia disebabkan oleh virus.. Koloni parrots di hutan juga mengalami masalah yang sama jadi kita kena hati2..

7. Pastikan burung tu aktif.. Kalau burung jinak dia akan datang pada kita dan menunjukkan respon "nak main" dengan manusia.. Kalau burung liar pula dia akan panic dan berusaha pergi ke tepi penjuru sangkar untuk menyelamatkan diri.. Kalau burung liar diam je maknanya tak lama la tu..

8. Pastikan species burung yang nak dibela tu di bawah akta jadual Perhilitan.. Kalau berlesen pastikan ada dokumen lengkap pemilikan/import burung tersebut.. Sebab ramai yang terkena dah nak bela penjual kata takda perlukan lesen memelihara tau2 Perhilitan sampai umah.. Burung kena rampas dan tuan empunya kena kompaun/naik mahkamah.. Yang si penjual buat tak tahu ja.. Pastikan juga lesen diterima sejurus bayaran harga burung dibuat sebab ada jugak kes yang owner dah buat semua pembayaran tapi lesen tak dapat sampai ke sudahpun ada.. Kes memula cakap lain belakang cakap lain..