Isnin, 23 Ogos 2010

Sarang Bertelur [nestbox]


Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemelihara budgie ialah sarang bertelur. Sarang bertelur ini sangat mustahak penting diambil berat kerana ianya adalah penyambung hayat kepada generasi budgie yang ada di dalam reban kita.

Serama2u perhatikan penternak budgie ini, menyediakan pelbagai bentuk sarang bertelur ini. Ada yang diperbuat daripada kotak kayu, ada yang gunakan kelapa yang ditebuk tupai, ada yang guna tempurung kelapa yang dilubangi, ada yang gunaka buluh, dan lain-lain lagi. Walaupun budgie ini tidak cerewek atau memilih sarang bertelur mereka tetapi kita perlu lihat, design manakah yang terbaik!

Pengalaman yang dilalui dalam menternak budgie ini, penggunaan kotak kayu adalah yang terbaik sebenarnya. Walaupun kos permulaannya memerlukan sedikit modal untuk menyediakannnya, berbanding penggunaan kelapa atau tempurung atau sebagainya, yang tidak memerlukan modal yang banyak. Mengapa saya membuat kesimpulan sedemikian?

Sebenarnya budgie ni, jika perhatikan waktu tetas telur tidak sama. Ada hari ini dan ada hari esok dan seterusnya. Jadi anak-anak budgie tidak sama tumbesarannya di dalam sarang bertelur tu. Penggunaan kelapa atau tempurung menyebabkan kita mendapat peratus hidup anak budgie yang sedikit. Mengapa? Kerana ruang di dalam kelapa atau tempurung itu tidak terhad dan sekata. Menyebabkan anak-anak budgie yang lahir pijak memijak antara satu sama lain. Jadi apabila keadaan ini berlaku, anak yang lahir kemudian akan mati kerana dipijak oleh anak yang besar yang lahir terdahulu. Sebab penternak yang menggunakan kelapa atau tempurung rata-rata akan mendapat paling tinggi 2 ekor je anak budgie yang hidup. Berbanding penggunaan kotak kayu, kadar hidup anak budgie tu mencapai 3 eko ke atas. Mengapa? Kerana ruang dalam kotak kayu yang sekata dan luas, memboleh kan anak-anak budgie dapat mengelak daripada dipijak antara satu sama lain. Jadi yang lahir kemudian tidak dipijak oleh abang yang besar. Tengok-tengoklah.