Khamis, 5 Julai 2012

UMUR BUDGIE


Umur budgie dapat ditentukan melalui dua cara iaitu:
1) BULU KEPALA- Untuk kebanyakan variati, budgie muda mempunyai jalur pada kepala ke bawah hingga ke “cere”. Ketika berumur antara 3-4 bulan, budgie akan mengalami perubahan pertama dan bulu pada bahagan atas akan digantikan dan jalur pada kepala sudah tiada lagi. Jadi budgie dengan jalur dari atas turun ke “cere” adalah budgie muda yang belum mengalami perubahan pertama  dan berumur kurang daripada 3-4 bulan. Pengecualian kepada mutasi “Lutino/Albino” dan “Recessive Pied” kerana variati ini memang tiada jalur pada kepala mereka.
kurang dari 4 bulanlebih dari 4 bulan
2) MATA - Untuk kebanyakan variati, warna mata budgie muda keseluruhannya hitam. Semakin ia meningkat dewasa, iris mata akan bertambah cerah kepada warna kelabu/coklat cair.
  • Budgie dengan keseluruhan mata hitam berumur bawah 4 bulan.
  • Budgie dengan iris mata kelabu gelap berumur antara 4 – 8 bulan.
  • Budgie dengan iris mata kelabu atau coklat cair berumur lebih daripada 8 bulan.
Pengecualian:
  • Lutino/Albino“, “Lacewing“, “Fallow” – Pada semua peringkat umur, variati bermata merah ini mempunyai iri mata berwarna merah jambu.
  • Recessive Pied“, “Dark-Eyed Clear” – Pada semua peringkat umur, variati ini mempunyai mata berwarna plum gelap.
0 – 4 bulan4 – 6 bulan
6 – 8 bulanlebih 8 bulan