Selasa, 30 Oktober 2012

Beli buku budgie


Menuntut ilmu itu sangat mustahak.. Nak buat apa-apa perkara, eloklah belajar dulu.. Tak sama jika kita berbuat sesuatu tanpa ilmu dengan kita buat dengan ilmu.. sahih.. Allah telah sebut di dalam al-Qur'an tentang ini.

Firman Allah di dalam surah al-Zumar ayat 9:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ




Maksudnya: Katakanlah wahai Muhammad s.a.w.: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?.

Atas dasar inilah ilmu perlu dituntut dan dicari. Ia tidak datang di dalam mimpi. Membaca buku adalah satu jalan untuk mendapat ilmu...lebih-lebih lagi bab burung budgie ni.. burung ni adalah burung yang berasal dari luar negeri pula [Australia].. tak ramai yang arif tentang cara-cara memeliharanya..membiak...merawatnya jika sakit.

Oleh kerana minat terhadap budgie ni..dan ketika ini saya mempunyai berpuluh ekor budgie dan english budgie..saya belilah buku-buku ni.. Buku import mahal la sikit..tapi jika nak bandingkan dengan ilmu yang ada kat dalam buku2 tu.. tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya.

Buku2 ni saya buat panduan.. mudah2an ada jalan dan kemudahan untuk menternak budgie ni dengan baik. insya'allah..



Ahad, 7 Oktober 2012

Hygro tonic block untuk budgie & EB


Setiap reban budgie dan english budgie ... saya letakkan hygro tonic block ni ...
Hygro tonic block menyediakan nutrisi tambahan yang diperlukan untuk burung saya. Ia memberikan kalsium kepada burung untuk membina tulang yang kuat. Guna tonic block ni burung jadi sihat, cergas dan aktif. Harga pun tak mahal rm1 je satu.... oleh kerana burung saya ramai terpaksalah saya beli banyak..satu kotak beb! hehe...satu kotak dapat 48.

Nampaknya semua burung budgie saya sukakannya..
hygro tonic block ni made in denmark.. tulis kat kulit dia lah..entah betul atau tidak, saya x tau la..hehe
Yang mustahak ianya bermanfaat untuk budgie saya..sekian adanye!

Sabtu, 22 September 2012

Selasa, 11 September 2012

Petua untuk elak kaki anak burung jadi tempang

Ramai peminat burung sangat gembira apabila melihat burung kesayangan mereka telah bertelur ... saban hari, tengok burung tu dah mengeram ke belum..jika dah mengeram,,tgk lagi..dah menetas ke belum ..tak sabar menunggu..

Namun kadangkala berlaku kekecewaaan apabila menetas je anak 2 burung tu..tengok-tengok anok tu, cacat, terutama di bahagian kaki. Perkara seumpama ini, byk berlaku kpd anak-anak burung budgie, lovebird dan seumpamanya..

Di sini suka saya kongsi pengalaman saya di bidang ini ..untuk elak kejadian ini berlaku, elok kita guna papan lantai nestbox tu dari jenis kayu meranti yg selalu digunakan dalam reban burung walit..Kayu ni berlurah kecil2 ..Jadi lurah ni dpt cegah kaki anak-anak burung tu jadi tempang atau cacat.

kayu meranti merah ...cuba tgk lurah halus tu..

Selasa, 31 Julai 2012

aku punye tak banyak la!

Induk Budgie 

Reban Budgie

Budgie

Diamond Dove

Diamond Dove

Merpati Giant Runt

Terkukur Jawa

Merpati Modena

Java Sparrow

Terkukur

Isnin, 16 Julai 2012

Baka-baka Merpati


Racing Homer – dikenali juga sebagai “merpati pos”. Burung ini popular di Belgium, Jepun dan Indonesia, German Beauty Homer yang dikembangkan di Jerman sejak 1907 sebagai burung pameran. Burung ini mirip dengan Racing Homer tetapi lebih ramping. Giant Homer berasal dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan burung yang berbadan besar dan memiliki kemampuan menghasilkan anak yang banyak.Tumbler berasal dari Belanda dikenali sebagai Tuimelaar. Burung ini punya keistimewaan terbang dari ketinggian tertentu akan turun ke ketinggian tertentu dengan melakukan pergerakan salto atau naik balik di udara semula. Burung ini merupakan burung olahraga tetapi kemudian menjadi burung untuk pameran.
English Shortfaced Tumbler: merupakan burung yang kecil, padat, dengan leher jenjang tetapi dengan dada yang tegap. Dalam keadaan berdiri biasa, ujung sayapnya akan menggantung lebih rendah dari kedudukan ekor – ini merupakan ciri yang menonjol. Selain itu bahagian muka dari kepalanya menonjol agak jauh ke depan daripada paruhnya yang pendek.
Birmingham Roller: dikembangkan di Birmingham (Inggeris) sebagai burung yang memiliki keistimewaan terbang. Kemampuannya untuk pusing balik dan berputar-putar di udara menjadi sasaran utama pemeliharanya. Burung ini mampu untuk naik balik (trumble), termasuk salto ke belakang dan berputar-putar (spin) dengan kecepatan tinggi sekali. Flying Tipller: merupakan burung yang dieambangkan dari Flying Tumbler. Burung ini dipelihara karana kemampuannya terbang yang lama. Jenis yang baik akan mampu terbang terus-menerus selama 20 jam.
Parlour Tumbler: juga disebut Ground Tumbler atau House Tumbler. Burung ini diternakkan kerana kemampuannya lombat ke udara, melakukan salto sekali atau dua kali ke belakang, dan kedua kakinya hinggap kembali ke tempat semula.
Cumulet: Burung ini merupakan jenis tumbler dari Perancis yang mampu terbang tinggi dan juga merupakan salah satu keturunan dari jenis Racing Homer. Burung ini berbadan sedang tetapi serasi, dengan dada bidang, sayapanya panjang dan kukuh, kaki agak pendek. Umumnya warna bulu putih, dan ada yang memiliki bintik-bintik merah di kepala atau leher.
Flight: Burung ini dikembangkan di Amerika . Dari kelompok ini ditemukan burung yang dikenal dengan nama Domestic Flight. Burung ini mampu terbang tinggi, dengan ukuran badan sedang, paruh nampak memanjang dan kepala ramping berjambul. Matanya putih dengan lingkaran tengah dari mata (selaput mata). Dan inilah letak rahsia kemampuannya melihat jauh saat merpati terbang tinggi.
Show Flight. Burung ini mempunyai badan yang lebih gemuk dan kepala lebih besar daripada jenis Domestic Flight. Burung ini diternakkan karana kemampuannya terbang tinggi dan memiliki keindahan yang dapat dijadikan merpati untuk dipamerkan. Kedua macam burung ini diternakkan dengan warna hitam, kuning, merah dan abu-abu cokelat.
Carrier: sering disebut English Carrier, berasal dari Bazora Persia. Awalnya adalah burung pembawa berita, Selain itu Merpati dari jenis Racing Homer. Carneau: Burung dari Belgium Selatan atau Perancis Utara, berat 750 gram dan bisa mencapi 1 kg.
Strasser: Dikembankan di Austria Strasser .
Mondaine: Keturunan merpati Perancis dan Itali. Fantail : Berasal dari India dan China. Ekornya seperti kipas. Setengah tempat dipanggil merpati Merak atau merpati ekor kembang. Ada yang ekornya mempunyai pelepah dua lapis dan tiga lapis sepertimana Amerika Fantail dan sebagainya.
Jacobin: Diberi nama seperti itu karana bulu-bulu yang berada di lehernya seperti topi yang dipakai pendeta-pendeta Jacobins. Burung diternakkan dengan warna putih, jitam, biru, perak, merah dan kuning.
Frillback: Burung yang istimewa tetapi kurang popular. Di anggap unik kerana bulunya berombak-ombak.
Cropper: Lebih kurang Pouter. Keduanya menjadi keluarga besar. Salah satu cropper yang terkenal adalah
English Cropper. Tembolok besar, berdirinya tegak, badan dan piggang langsing dengan kaki panjang. Termasuk merpati yang tinggi karena bisa setinggi 50 cm dari kepala sampai kaki. Pada tembolok merpati ini ada gambar bulan sabit dengan kedua hujung bertemu di dekat kedua matanya..
Pouter yang mudah dijinakkan dan menyenangkan. Jenis lainnya adalah Holle Cropper yang berbentuk seperti merpati kipas, kepadanya bergoyang dam nampak menarik.

Modena: Diambil dari nama kota tempat dia berasal. Terkenal sebagai merpati ternak yang baik. Yang terkenal dari jenis ini adalah Gazzi Modena dengan badan putih serta kepala, sayap dan ekor berwarna-warni. Termasuk merpati kecil dengan ukuran panjang 25 cm, tetapi gemuk dan bulat dan bergaya anggun.
Florentine: Berasal dari Florence, Italia. Berbentuk seperti ayam betina. Terkenal di Eropah sebagai burung pameran, tetapi boleh mencapai berat 500-800 gram). Kepala, sayap dan ekor berwarna-warni dengan badan putih.
Lahore: berasal dari Pakistan dan sekitarnya dikenal dengan nama Shiraz (kota tempat burung berasal). Leher, perut, dada dan ekor berwarna putih. Kepala, pinggang dan sayap berwarna lain. Kaki mempunyai bulu .Satinette yang berasal dari Turki mempunyai badan berwarna putih dengan garis-garis pada bahu, sayap, dan ekor warna hitam, biru dan cokelat. Bahagian sayap untuk terbang berwarna putih. merpati ini punya bulu balik di kawasan dada.
Owl berparuh pendek sepertimana burung hantu. Ada berbagai jenis dari merpati ini.

Giant Show Runt jenis ini juga besar tetapi ekor dan sayapnya lebih panjang. Burung ini sudah untuk dibiakkan.


Mookee berasal dari India, selepas itu dubawa ke US dikacuk sehingga mengeluarkan warna yang menarik. Burung yang menarik kerana kepalanya bergoyang dan bergetar seperti Holle Cropper. Badannya lebih kemas. Disetengah tempat ianya dipanggil Pak Aji kerana kepadanya bergoyang seperti orang sedang meratib.

Winston burung yang cantik mempunyai jambul di bahagian muka seperti pusaran yang berada pada sekor kuda. Sebab itulah di sesetengah tempat ianya dikenali sebagai merpati kuda. Burung ini susah untuk dibiakkan.


Sebenarnya banyak lagi species baka-baka merpati yg ada..tak larat dh nak masukkan

Jumaat, 6 Julai 2012

Java Sparrow

Seronok memlihara pipit Java Sparrow ni.. riuh satu reban. Tak sunyi kat rumah ni.. pit pit pekk..berbunyi je dia ... Java Sparrow ni banyak warna. Ni yang seronok bela pipit ni..mudah untuk menjaganya. Buh makanan banyak2 kat bawah aviary tu. Air pun banyak juga. Membiak ia...hehe.

Aku minat dua warna JS ni je..Cuba tengok tuuuu...sekarang dah nak bertelur. Asyik punggah rumput ke dalam nestbox...


Kini ada hampir 20 ekor kat reban ... hehe....seronok!


Khamis, 5 Julai 2012

UMUR BUDGIE


Umur budgie dapat ditentukan melalui dua cara iaitu:
1) BULU KEPALA- Untuk kebanyakan variati, budgie muda mempunyai jalur pada kepala ke bawah hingga ke “cere”. Ketika berumur antara 3-4 bulan, budgie akan mengalami perubahan pertama dan bulu pada bahagan atas akan digantikan dan jalur pada kepala sudah tiada lagi. Jadi budgie dengan jalur dari atas turun ke “cere” adalah budgie muda yang belum mengalami perubahan pertama  dan berumur kurang daripada 3-4 bulan. Pengecualian kepada mutasi “Lutino/Albino” dan “Recessive Pied” kerana variati ini memang tiada jalur pada kepala mereka.
kurang dari 4 bulanlebih dari 4 bulan
2) MATA - Untuk kebanyakan variati, warna mata budgie muda keseluruhannya hitam. Semakin ia meningkat dewasa, iris mata akan bertambah cerah kepada warna kelabu/coklat cair.
  • Budgie dengan keseluruhan mata hitam berumur bawah 4 bulan.
  • Budgie dengan iris mata kelabu gelap berumur antara 4 – 8 bulan.
  • Budgie dengan iris mata kelabu atau coklat cair berumur lebih daripada 8 bulan.
Pengecualian:
  • “Lutino/Albino“, “Lacewing“, “Fallow” – Pada semua peringkat umur, variati bermata merah ini mempunyai iri mata berwarna merah jambu.
  • “Recessive Pied“, “Dark-Eyed Clear” – Pada semua peringkat umur, variati ini mempunyai mata berwarna plum gelap.
0 – 4 bulan4 – 6 bulan
6 – 8 bulanlebih 8 bulan